VVIP DENAI CINTA

17 Mei 2011

Suami Orchid Abdullah Selamat Dikebumikan

Allahyarhamah Datin Orchid Abdullah

"Kutunggu dirimu di pintu syurga..."
Empat hari selepas isterinya meninggal dunia,
kini dia mengikut cinta hatinya 'KE SANA'... - Al-Fatihah~

PETALING JAYA
(mStar Online) : Suami kepada Allahyarhamah Datin Orchid Abdullah, 64, Datuk Mokhtar Omar, 70, selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari, Selasa di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Mokhtar menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas isterinya meninggal dunia iaitu pada Jumaat lalu.

Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar,31, Mokhtar meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi Selasa di Hospital Ampang dekat sini, akibat menderita komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jantung.
"Sebelum ini, bapa saya dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius."

"Dan baru semalam (Isnin) dia dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun, sudah kuasa Allah, dia akhirnya pergi jua tanpa meninggalkan sebarang pesan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Terdahulu jenazah dimandikan di hospital Ampang sebelum dibawa ke Masjid Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan berhampiran kubur isterinya.
Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.

3 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

Takdir yang romantik.. Al-Fatihah

d'mas 80 berkata...

kuasa ILLAHI bukti cinta agong antara mereka.. AL-FATIHAH utk mereka b'dua..

Rohaifi Azri berkata...

Semoga Allahyarham dan Allahyarhamah ditempatkanNYA di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh...

Related Posts with Thumbnails