VVIP DENAI CINTA

29 April 2011

ISLAM SUBUR DI BUMI DARUL NAIM

KULIAH JUMAAT DI DATARAN ILMU, KOTA BHARU
Suasana sebegini hanya di Kelantan. Kuliah Jumaat setiap minggu yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar YB Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Namun untuk majlis ilmu hari ini, Tok Guru diganti oleh anaknda beliau iaitu Ustaz Nib Abduh.


Menteri Besar negeri mana yang turun padang menyampaikan Kuliah Jumaat saban minggu dan anak Menteri Besar negeri mana yang boleh menggantikan bapanya menyampaikan kuliah sebagaimana yang berlaku di Kelantan ini...? (Mungkin kini kita ada Menteri Besar Kedah yang juga pimpinan PAS yang sering menyampaikan kuliah ilmu kepada rakyat dan masyarakat). Menteri Besar dan anak Menteri Besar negeri lain...? Tepuk dada, tanya iman.


Ribuan rakyat yang dahagakan ilmu agama. Budaya menghadiri
majlis ilmu sebegini telah sebati dalam diri mereka.

Sambil hadir untuk mendengar kuliah jumaat, ia turut memberi peluang kepada peniaga
dan pengunjung untuk sama-sama menyemarakkan ekonomi dengan membeli barangan
di pasar tani sekitar kawasan kuliah jumaat ini diadakan.


Duduk di bawah khemah, ada yang bawa kerusi sendiri, beralaskan tikar mahupun suratkhabar,
dan tak mengapa beralaskan selipar asalkan dapat mendengar kuliah yang disampaikan.


Turut disediakan khemah untuk golongan muslimah

Bahan bacaan percuma :)

Sama ada duduk di bawah khemah, atau duduk di kaki lima kedai,
itu tidak menjadi masalah.

Tiada situasi sebegini di negeri selain Kelantan

Seperti biasa, meng'amin'kan doa setelah selesai kuliah ilmu

Hanya DIA tempat kita memohon dan berserah


Pasar Tani berhampiran kuliah jumaat. Suasana telah agak lengang
kerana gambar ini dirakam setelah selesai kuliah jumaat.


Sempat membuat pertukaran RM60 untuk 2 Dirham, di kaunter yang dibuka
berhampiran tempat kuliah jumaat diadakan. Dinar juga turut boleh didapati.

Kepada anda yang masih belum menjejakkan kaki ke bumi Darul Naim. Selamat berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang kami ucapkan. Semoga anda dapat melihat sendiri keindahan serta keunikan bumi Serambi Makkah ini.

1 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

Alhamdulillah...semoga kekal subur & menghijau

Related Posts with Thumbnails