VVIP DENAI CINTA

21 Oktober 2010

RITA SERTAI PUTERI UMNO

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 : ERNI BERI KEJUTAN
KUALA LUMPUR : Kehadiran anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno ketika perwakilan asyik mendengar ucapan pembahas dari Perlis, Amzira Abdullah, nyata memberi kejutan kepada semua. Dia hadir kira-kira jam 5.30 petang memakai baju kurung berwarna kuning untuk menyerahkan borang keahlian Puteri Umno kepada Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Pendaftarannya selaku ahli sayap bongsu parti keramat Melayu itu sekali gus melayakkan dia dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi. Erni Dekritawati Yuliana yang ditemui selepas penyerahan itu berkata, dia memutuskan untuk menjadi keluarga baru Umno kerana percaya boleh membantu usahawan Puteri dan Wanita.

"Dari sinilah (Puteri) asas untuk mereka terus maju ke depan, sebab saya rasa saya boleh membantu mereka dari segi itu dan apa yang ibu tinggalkan pada saya, saya boleh kongsi pengalaman dan ilmu perniagaan."

"Ini pilihan saya untuk membantu semua pihak bukan didorong sesiapa untuk ceburi Puteri. Dengan cara ini juga dapat menghargai jasa ibu yang sebelum ini banyak membantu golongan ibu tunggal," katanya. Ditanya program yang akan dilaksana dalam tempoh terdekat, katanya belum membuat sebarang keputusan lagi, namun pasti setiap program terbabit untuk tempoh jangka panjang.


RITA SERTAI PUTERI UMNO
KUALA LUMPUR, 20 Okt : Anak sulung Allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, Rabu secara rasminya menyertai Pergerakan Puteri Umno serta dilantik menjadi anggota Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi pergerakan itu.

Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan borang berkenaan, Erni Dekritawati, yang lebih mesra dipanggil Rita, berkata penyertaannya yang didorong oleh rakan-rakannya itu bertujuan untuk meneruskan legasi arwah ibunya.

"Saya rasa saya boleh membantu usahawan-usahawan wanita untuk terus maju ke hadapan dan mempraktikkan segala ilmu yang diajar oleh ibu saya kepada orang lain. (Ini) cara untuk menghargai jasa ibu saya yang sebelum ini banyak menolong ibu tunggal serta wanita kurang upaya... ia menjadi satu platform untuk saya lebih senang menolong orang," katanya.

Selepas menyerahkan borang, Rita hadir kira-kira 10 minit untuk mengikuti perbahasan persidangan Puteri Umno yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 12 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

2 ulasan:

ika~~ berkata...

makin popular lak anak dia ni..he..
btw thx listkn blog sy kt sidebar tu :)

Tanpa Nama berkata...

(-_-

Related Posts with Thumbnails