VVIP DENAI CINTA

13 Oktober 2010

4 Termasuk Peguam Didakwa Membunuh Sosilawati Dan 3 Yang Lain

Sumber myMetro
BANTING : Peguam N Patmanabhan (gambar) dan tiga orang lagi didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30.

Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, 41, dibacakan dalam bahasa Melayu, manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.

Kesemua mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38 antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.


Pembunuhan itu didakwa dilakukan di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula bagi mengemukakan laporan kimia.

Terdahulu tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van, manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi. Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.

2 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

semoga yg bersalah tidak terlepas!

Rohaifi Azri berkata...

betul tu, jangan kambing hitamnya jea yang kena sembelih... Mastermind harap tidak terlepas dari tali gantung!!!

Related Posts with Thumbnails