VVIP DENAI CINTA

02 April 2010

KAHWINKAN JE!!! BIAR DIA TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH!!!

Ibu akur Halimaton mahu berkahwin
LANGKAWI : Perbincangan selama tiga setengah jam antara keluarga pelajar, Halimaton Abd Rashid, 15, dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, di sini, yang berakhir awal pagi semalam, mencapai kata sepakat bersetuju pasangan itu berkahwin dalam tempoh terdekat.

Halimaton sebelum ini dikatakan keluarganya hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 11 hari lalu dan dalam tempoh itu dia tinggal bersama keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini.

Terdahulu, perbincangan peringkat pertama di hadapan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Ismail Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, menemui jalan buntu. Bagaimanapun, perbincangan kedua di rumah Ketua Pemuda Umno Langkawi, Norsaidi Nanyan yang turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah menyaksikan kedua-dua pihak lebih bertolak ansur.

Selain pasangan itu, perbincangan disertai ibu Halimaton, Normah Abd Mutalib, 46, yang tiba di pulau ini kira-kira jam 7 malam kelmarin. Sementara keluarga Mohamad Noor diwakili ibunya, Azizah Senapi, 49, dan bapa tirinya, Abd Razak Md Hashim, 51.

Norsaidi berkata, perbincangan berakhir kira-kira jam 2 pagi dengan kedua-dua pihak bersetuju mereka dikahwinkan selepas urusan pentadbiran termasuk kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh. "Perbincangan turut memutuskan supaya Halimaton meneruskan persekolahannya selepas berkahwin dan kedua-dua pihak bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat selain memberi komitmen tinggi untuk memastikan apa yang diputuskan menjadi kenyataan," katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul berkata, beliau akan berbincang dengan bapa Halimaton selaku wali untuk menyelesaikan urusan permo-honan nikah kerana masih di bawah umur. "Kalau urusan selesai hari ini (semalam) rombongan lelaki akan bertandang ke Baling pada Ahad ini," katanya.

Normah yang hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarga selepas perbincangan peringkat pertama berkata, walaupun reda beliau sedih dengan kejadian itu. "Mak cik pun dah tak tahu nak cakap apa. Mak cik tidak pernah terfikir keadaan ini," katanya yang mengaku tertekan apabila Halimaton bertegas enggan pulang ke Baling selagi hasratnya berkahwin dengan Mohamad Noor tidak ditunaikan. - BERITA HARIAN

Berita berkaitan :
BUDAK MACAM NI ELOKNYA DIBAGI PELEMPANG!!!
Ini bukan pelajar pintar; ini namanya pelajar mangkuk hayun!!!

5 ulasan:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

itulah..kina x phm dgn kepala otak budak2 sekarang. dorang igt kawen nie senang? lagi2 kawen dgn lelaki hingusan. x leh lah nak samakan zaman dulu dgn sekarang.

Rohaifi Azri berkata...

budak2 skrg ni...
emmm ntah la, xdengar cakap org tua. Org dulu2 yea ar kawin dlm usia muda, tapi itu diatur oleh ibubapa. Ni skrg kawin muda tapi kononnya dengan pilihan sendiri...

Tanpa Nama berkata...

gila kot bdk ni xpikir dl sblm wt kptsn..org lain sibuk nk blaja smpi ke bulan,dia PMR xlps dh nk kwin..nti dh bsr2 msti dia nyesal..klu mak dia xrestu naya la nti..

Tanpa Nama berkata...

lempang je doh budak nie.. seb bek aku ni bukan abg ko... haha.. abes kau aku kerat2.. ko xkesian ke tgk mak kau? bodo siot pompuan nie... hakhak.. ter emo plak aku...

kakzaa berkata...

kenapa lah jadi sedegil itu..?

Related Posts with Thumbnails