VVIP DENAI CINTA

01 April 2010

BUDAK MACAM NI ELOKNYA DIBAGI PELEMPANG!!!

HALIMATON dipeluk ibunya
setelah selesai mengadakan perbincangan
di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, semalam.

RUNDINGAN BAWA PELAJAR PULANG BUNTU

LANGKAWI : Keluarga pelajar pintar yang melarikan diri dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sejak Isnin minggu lalu, Halimaton Abd Rashid, 15, semalam datang ke pulau ini bagi menemui keluarga teman lelakinya bagi mencari penyelesaian berhubung masalah yang melanda pasangan itu.

Ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, serta beberapa ahli keluarga terdekat tiba di pulau itu pada kira-kira jam 7 malam dan menemui keluarga teman lelaki Halimaton, Mohamad Noor Abdullah, 19, di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. Pihak Mohamad Noor pula diwakili oleh ibunya, Azizah Senapi dan bapa tiri pemuda itu yang tidak dikenali identitinya.

Perbincangan itu yang turut disertai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Langkawi, Asisten Superintendan Ismail Ibrahim bermula pada kira-kira jam 10.30 malam dan berlarutan sehingga satu setengah jam tetapi gagal mencapai sebarang penyelesaian apabila Halimaton dikatakan enggan kembali ke pangkuan keluarganya.

Berikutan itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Langkawi, Norsaidi Nayan yang turut berada di situ mengambil inisiatif membawa kedua-dua belah pihak menyambung rundingan di rumahnya di sini.
Sehingga jam 1.30 pagi ini rundingan masih berjalan apabila kedua-dua belah pihak enggan mengalah.

Difahamkan, perbincangan menemui jalan buntu apabila Halimaton enggan pulang ke pangkuan keluarganya di Baling, sebaliknya berkeras mahu berkahwin dengan pemuda pilihannya itu menyebabkan ibunya dilihat pengsan dan terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarganya.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan Halimaton yang juga pelajar pintar melarikan diri dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya kerana mahu mengikut teman lelakinya itu di Langkawi. Dia yang ditemui kelmarin menyatakan nekad mahu berkahwin dengan pemuda pilihannya itu dan enggan pulang ke pangkuan keluarga.
- BERITA HARIAN

.............................................


MUKA MACAM NI, ELOKNYA DILEMPANG JEA BARANG LIMA NAM PULUH KALI. HORMAT LA SIKIT KAT IBU YANG MELAHIRKAN. SANGGUP SI IBU DATANG MERAYU. APAKAH INI GAMBARAN SIKAP DAN PERIBADI ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG?

ARTIKEL BERKAITAN :
Ini bukan pelajar pintar; ini namanya pelajar mangkuk hayun!!!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

muka xbersalah lngsg..kita klu mak suh basuh pinggan pn tkut nk tolak,tkut bdosa..ni dia lh plak tolak mak dia pujuk ajak blk umah.

Tanpa Nama berkata...

nama saya

muka cm gile seks je..
eee..geli je

I_Hate_Lolipop berkata...

mungkin sbb dia tak cun, maka dia rasa dah takde sapa laki nak kat dia.huhu.

aku sayang mak aku, i'll do anything for her :)

Tanpa Nama berkata...

walaupun aku ni budak jahat.. tapi aku hormat mak ayah aku.
sayang giler..
diorg boleh terima aku yg jahat ni..
aku masuk lokap pon diorg boleh dtg jamin.
bila susah mesti cari mak bapak juga. bila sedih pon cari dorg.
harap mak ayah aku ditempatkan d syurga suatu hari nanti.

syer. berkata...

asal la budak pompuan ni mceni??lgsung takde belas kasihan ke kat mak ayh dye??Ya Allah..sedih tgok mak dye centu..baru umo 15 tahun..da gtal nak kawen..npe la tak pkir pnjg..hal kawen bukan senang..geamnyee..nsb baek bukan adek aku..kalo tak..mmg aku lempang..tak kenang budi la..sgup belakangkan femily ntok sorg laki yg belum tau mse depan cerah ke tak..mmg mensia2kan idup..sigh**

Myst3Rious!! berkata...

astaghfirullahalazim.. muka dia tu mcm xde perasaan langsung.. menjulang api neraka menitikkan air mata ibu.. aish.. aku ni kalo tolak permintaan mak rsa mcm berdosa sesgt walo pon permintaan nya hanya nk mnta tlg ambilkan brg aish... xtakot hukum Allah ke.. ya Allah terangi lah pintu hati anak ini dan bukakan lah hidayah padanya Ya Allah...

Contbaxx berkata...

Bukan.. aku tengok muka dia macam ada sesuatu yang menghasut.. kena ilmu guna2 kut.. hu.hu.. static semacam jer tengok, takdak raut wajah langsung.. mata terbeliak lurus kehadapan.. hmm.. apa pun 90% budak nie memang jenis pikir pendek, ego, tak mahu mengalah,.. elok lah pelembang sedas dua bagi sedar sikit... hu.hu..

Related Posts with Thumbnails