VVIP DENAI CINTA

28 April 2010

AMINULRASYID 1PEMBUNUHAN Di Bumi 1MALAYSIA


KEMATIAN AMINULRASYID
1PEMBUNUHAN - Peguam


SHAH ALAM, 28 April : N. Surendran (gambar), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan. "Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditembak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu. "Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

Menyifatkan kes itu sebagai berat, polis katanya tidak cukup hanya mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat, sebaliknya mahu polis mengambil tindakan tegas kepada anggota polis yang terlibat. Sehubungan itu, beliau yang juga peguam bagi pihak Norizan berharap polis dan Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kes Aminul sebagaimana yang dilakukan mereka ke atas kes Norizan sebelum ini.

"Kita juga minta semua polis yang terlibat dikenakan tindakan yang tegas," katanya lagi. Beliau turut menjelaskan bahawa pasukannya sedang menyiapkan persiapan penghujahan sebelum memfailkan kes pembunuhan Aminul di mahkamah.

"Sekarang ini, kita sedang berbincang dan mendapatkan maklumat penuh," jelasnya beliau lagi. Turut menyertai Surendren, Latheefa Koya (peguam, Ketua Penerangan PKR) dan Cik Puspawati (Peguam Muda).

Ekoran memandu kereta tanpa mempunyai lesen memandu Isnin lalu, juvana terbabit dilaporkan media ditembak di kepala sehingga mati oleh polis. Bagaimana pun, seorang juvana yang turut bersama Aminul ketika insiden tersebut berlaku berjaya melepaskan diri. Dalam laporan polis semalam, juvana terbabit yang kini dianggap sebagai saksi utama kes pembunuhan tersebut, mendakwa polis menendang beliau walaupun pada asalnya beliau telahpun bertindak untuk menyerah diri. - HARAKAHDAILY

....................................

LAPORAN POLIS
SAHABAT ARWAH AMINULRASYID


Pengadu menyatakan :


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu kereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

omg! dasyat nya

Tanpa Nama berkata...

MINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

kenapa bahagian ini tak di"bold" kan. terang2 dua2 pihak ada melakukan kesalahan. jangan berat sebelah semata2

Tanpa Nama berkata...

Di sini saya ingin memberi pandangan terhadap komen (tanpa nama di atas). Untuk makluman tuan/puan (tanpa nama di atas), jika tuan/puan boleh berfikir dengan 'bijak' dan 'waras', seorang budak berumur 15 tahun yang sedang dalam ketakutan, ada lojiknya jika tindakan spontan yang beliau (arwah adik aminulrasyid) lakukan iaitu memandu dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan orang awam. Malah tidak menghiraukan keselamatan beliau (arwah adik aminulrasyid) sendiri. Jadi di sini, kesalahan 100% adalah pada PIHAK POLIS kerana gagal untuk menyelesaikan keadaan huru hara tersebut dengan mengambil jalan pintas iaitu MENEMBAK DENGAN SEWENANG-WENANGNYA. Satu tindakan BODOH PDRM!!

Tanpa Nama berkata...

kalau begitu kata anda macam mana pula dengan budak itu??
arwah(aminul rashid) berusia hanya 15 tahun namun sudah pandai membawa kereta tanpa lesen dan jelas dia sepatutnya tidak membawa kereta pada usianya itu. Tambahan lagi jika ibunya TIDAK MEMBERI ANAKNYA MEMBAWA KERETA pada pukul 2-3 PAGI!! perkara ini tidak akan BERLAKU.Kita tidak boleh menyalahkan pihak polis sepenuhnya...

Related Posts with Thumbnails