BERITA MINGGU 11 APRIL 2010
AL-KISAH : REMAJA HINA DIN BERAMBOI
DUNIA dah akhir zaman agaknya. Semakin ramai remaja tidak lagi menghormati orang tua, malah orang yang sudah meninggal dunia pun boleh dihina dan dimaki hamun sesuka hati. Raja benar-benar `terpukul’ dan sedih apabila mendapat tahu seorang remaja berusia 14 tahun mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap arwah Din Beramboi sesudah pelawak itu meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu.
Apa salah arwah agaknya sampai remaja lelaki dari Kuantan, Pahang itu sanggup mengeluarkan ayat `Al-F***’ untuk Din Beramboi’ menerusi laman Facebooknya. Memang melampau budak kepala suku ni! Mungkin bukan Raja saja yang marah dan sakit hati, malah keluarga, sahabat dan peminat arwah lebih terhiris hati mendengar budak hingusan ni mencarut.
Bagi Raja, remaja yang menggunakan nama Rafiqin Darwisy ni memang kurang ajar. Nama saja cantik tapi perangai mengalahkan anak jin, anak syaitan! Apa jenis manusia ni agaknya? Entahlah, buat malu mak bapa dia saja, dah tentu bila jadi macam ni, orang luar akan menyalahkan mak bapa tak pandai nak ajar anak. Sedangkan mak bapa dah bagi ilmu agama yang cukup, cuma budak ni saja yang tak makan diajar. Kalaulah bertemu Raja, memang Raja cili mulut sampai bisu...
Yang peliknya, budak 'sengal' ni langsung tak rasa bersalah bila kena tarbiah dan nasihat dengan blogger, malah bertambah angkuh mengatakan dirinya malaikat yang diupah Tuhan untuk mengutuk Din yang ..... (kata kesat). Kalau ya pun kau marah dengan gurauan arwah Din yang kita tahu agak kasar tapi arwah bukan mengata kau, bukan bergurau dengan kau. Apa hal yang kau nak emosional lebih-lebih ni?
Raja rasa budak ni hanya inginkan perhatian, tak kisah apabila kesudahannya kena carut atau maki hamun berbakul dengan blogger lain. Itu mungkin memberi kepuasan pada dia agaknya. Ataupun, budak ni memang dah ‘wayar putus’ seurat, tu yang boleh hentam, maki orang dah meninggal dunia.
Apapun, Raja harap budak ni cepat insaf dan ibu bapanya turut sedar kesilapan yang dilakukan anaknya itu. tegurlah remaja ini. jangan nanti lama kelamaan biadapnya mungkin makin menjadi-jadi...
Ini bukan soal remeh, ini soal maruah orang yang sudah meninggal dunia. Tak fikirkah apa perasaan isteri dan anak-anak arwah serta saudara maranya yang lain? Raja nak tanya Rafiqin Darwisy, apa perasaannya jika suatu hari nanti ibu bapanya pula dimaki dan dihina dengan perkataan kesat selepas meninggal dunia? Apa kau rasa?
Di kesempatan ini, Raja nak ucapkan takziah pada keluarga arwah Din. Raja turut simpati mendengar berita rumah mereka di Sungai Buaya, Rawang, Selangor dipecah masuk pencuri selepas tiga hari arwah meninggal dunia. Hai, sampai hati mereka meragut kenangan yang ditinggalkan arwah untuk isteri dan anak-anaknya. Manusia semakin kejam, kan? Al-fatihah buat arwah Din, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin...

7 ulasan:
aila budak kecik ni lagi hot dari fasha sandha kene boo nampaknye
Adik Fasha kot budak ni... ;)
hmmmmm........
tarbiyah ape kebenda namanya???
tu bukan tarbiyah, baru sorang budak kecil buat macam tu......
bising dekat luar pun bukan sbb sensitiviti maksiat.....
kalu 1 malaysia sensitive pada maksiat sama dgn isu budak ni.....aman malaysia.......
umar yang benci Islam pun, diampunkan Allah.....
apatah lagi budak belum baligh dalam suasana masayarakt teruk hari ini :)
Salam.. saya sendiri x suka bila dia nak mengaku dia tu berasal dari Sabah.. Nampak sangat la dia bukan berasal dari sana.. Dah tu nak burukkan negeri orang.. Utk pengetahuan, org di pulau Borneo klu nak buat jahat pun xda sebodoh tu... kebanyakan org sana baik.Cuma klu mereka dijahati baru la mereka akan jahat..Minta maaf juga kat seluruh negeri Sabah.. Ingat senang2 nak terima kenyataan budak tu nak mengaku org Sabah.. Pesan kat budak tu jangan di asuh atau ditajamkan sangat kebodohan tu..
Budak ni fikiran dia hanya sampai di pintu depan rumah dia je, xsampai kat pagar pun.Semoga pekara sebegini tidak berulang lagi kepada anak mudi konon nya ingin mencari publisiti di laman2 sosial seperti FB dan etc.Kita di lahir kan dengan otak untuk befikir jadi segala apa yang ingin di lakukan, fikirkan lah sejenak tentang baik dan buruk nya.
ini la keburukn FB mngkin budak 2 tngah tension gila.. lalu luahkan apa2 ja yg dia rasa tpi yg dia x tau 1 malaysia tau apa dia tulis.. bak kata org terlanjak perahu boleh d undur terlajak kata hidup binasa.. siou noh nakasilap e pribahasa ku.. kio.. i Luv Sabah...
sekarang ramai ibu bapa yang melahirkan anak syaitan dan dajal salah satu darinye rafiqin darwisy,pada pasangan yang baru berkahwin jangan tersalah pilih pasangan kelak akan menambah umat syaitan dan dajal aje,kepada rafiqin kembalila menjadi manusia sebelum roh diangkat naik.
Catat Ulasan