VVIP DENAI CINTA

30 April 2010

PDRM PERLU TERBUKA TERIMA KRITIKAN, BUKAN UGUT RAKYAT

Polis Perlu Terbuka Terima Kritikan Rakyat
KUALA LUMPUR, 30 April : Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.

Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.

Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. "Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat."

"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

28 April 2010

KISAH AMINULRASYID : CERITA DARI AHLI PARLIMEN SHAH ALAM


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

AMINULRASYID 1PEMBUNUHAN Di Bumi 1MALAYSIA


KEMATIAN AMINULRASYID
1PEMBUNUHAN - Peguam


SHAH ALAM, 28 April : N. Surendran (gambar), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan. "Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditembak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu. "Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

AMINULRASYID : SEMOGA SIASATAN POLIS TELUS DAN ADIL

Polis Teliti Laporan Rakan Aminulrasyid
SHAH ALAM : Polis akan meneliti dan menyiasat laporan yang dibuat oleh rakan Aminulrasyid Amzah yang berada bersamanya ketika ditembak mati oleh anggota polis peronda di Seksyen 11, di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan menerima laporan rakan remaja yang mendakwa berada dalam kereta ketika kejadian, bagaimanapun enggan mengulas kandungan laporan kerana ia sebahagian siasatan yang sedang dijalankan.

27 April 2010

SEANDAINYA ANAK PERDANA MENTERI 1MALAYSIA DITEMBAK POLIS

Sekiranya anda membaca tajuk berita sedemikian, pada firasat anda, apakah di dalam berita tersebut akan menyebut bahawa anak sang Perdana Menteri itu ditembak kerana disyaki anggota geng penyamun atau penjenayah?

Dan apakah pihak polis akan mengeluarkan kenyataan bahawa anak sang Perdana Menteri adalah penjenayah yang dikehendaki dan anggotanya melepaskan tembakan kerana suspek mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri...???

BUKIT AMAN DIMINTA SELESAIKAN SEGERA KES AMINULRASYID

MP - KES AMINULRASYID PATUT DISELESAI SEGERA
Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkara polis patut menyelesaikan dengan cepat kes seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis awal pagi semalam. Gobind bertindak sebagai peguam pihak saksi, rakan Aminulrasyid yang berjaya melarikan diri dalam insiden tersebut.

"Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat. Kes ini cukup jelas, kita ada saksi kejadian," katanya ketika menziarahi keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 Shah Alam pagi ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana menurutnya kes tersebut masih disiasat.

"Saya minta Bukit Aman mengendalikan kes ini. Kita tidak mahu ia berlaku lagi di masa depan," katanya. Ahli parlimen Puchong itu juga berhasrat menemui Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berhubung kes tersebut.

"JANGAN LAPOR BUKAN-BUKAN," Rayu Ibu Aminulrasyid

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi 'mencari keadilan'.

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media. "Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

BUNUH JUVANA : Khalid Minta Polis Lindungi Saksi

SHAH ALAM, 27 April : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminulrasyid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

JUSTICE 4 AMINULRASYID AMZAH!!!

Kes ini masih dalam siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia. Semoga pihak PDRM dapat menangani kes ini secara telus demi memastikan tiada salah-laku anggotanya hingga membabitkan kehilangan nyawa insan yang kita belum juga pasti sama ada dia penjenayah atau sebaliknya.



REMAJA MAUT DITEMBAK POLIS
SHAH ALAM :
Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam. Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini. Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.

26 April 2010

SUKANEKA : URUT SAMBIL LARI BERBOGEL

Tajuk di atas 90% kurang tepat dengan artikel / berita yang diperkatakan ini. Ia bukanlah sukaneka yang wajar disertai oleh insan-insan yang waras dan bermoral serta beriman. Inilah permasalahan sosial yang bagai tiada kesudahan. Seks bebas, pelacuran, gay, maknyah, GRO... Bagaikan tiada noktahnya permasalahan-permasalahan ini.

SUDAH PUPUSKAH GOLONGAN CERDIK PANDAI DI DALAM PENTADBIRAN NEGARA KITA KHUSUSNYA BERKAITAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN SEHINGGAKAN PERKARA INI DILIHAT TERUS BERLARUTAN!!!

APAKAH HANYA TINGGAL SI BINGAI, SI BAHLOL, SI BEBAL DALAM MERANGKA SETIAP UNDANG-UNDANG...? Maaflah kalau kata-kata itu dilihat keras! Namun itulah realitinya. Hari ini buat penguatkuasaan, buat tangkapan, minggu depan atau bulan depan malaun-malaun ini beroperasi semula! Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam usaha mencegah perkara ini berlaku hinggakan ia sering berulang.

Tukang urut dan seorang pelanggan yang ditahan
kerana melakukan aksi 'tak tahan'...

TUKANG URUT LARI BOGEL

25 April 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W Kepada Sayyidina Ali R.A

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya :

  • Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
  • Tidak terpesona dengan pujuk rayu
  • Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya :

  • Jujur dalam berkata-kata
  • Menjauhi segala yg haram
  • Merendah diri

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya :

  • Merahsiakan ibadahnya
  • Merahsiakan sedekahnya
  • Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada 3 tanda-tandanya :

  • Takut berlaku dusta dan keji
  • Menjauhi kejahatan
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya :
  • Mengawasi dirinya
  • Menghisab dirinya
  • Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Renung-renungkan bersama...

22 April 2010

MAYAT BERJALAN PULANG KE RUMAH


Uihhhh!!! Seram jugak nengokkan gambo mayat ni (dah la aku tengok sensorang di tengah2 malam buta). Gambar ni sepupu aku (Hairul Ammar Gaddafi) yang e-melkan.

21 April 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Assalamualaikum wbt,
Salam penuh takzim, penuh penghargaan terima kasih khas buat sahabat-sahabat yang sudi untuk 'klik'
dan menjadi follower@DENAI CINTA ini. Terima kasih dan semoga sahabat-sahabat semua tetap sudi untuk terus menjenguk blog ini di hari-hari mendatang.

Tak berani untuk berjanji, tetapi sebolehnya saya akan 'menjejak' serta membuat 'kunjungan balas' blog sahabat-sahabat dan menjadi follower blog sahabat pula. Insya Allah...
Orang berbudi, kita berbahasa... Orang memberi, kita merasa...


TERIMA KASIH. Semoga kita kan senantiasa hidup
dengan rahmat kasih sayangNYA dan
tetap dipayungi lembayung CintaNYA nan Abadi...
ameeennn... Wassalam.

19 April 2010

BELASUNGKAWA : ACHIK SPIN [1982 - 2010]



ACHIK PERGI KETIKA LIGAT
PROMOSI KERJAYA SENI

"D, dah tak ada... Tasha macam mana?" begitulah rintihan pilu isteri penyanyi utama kumpulan Spin, HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, apabila mendapat tahu suaminya, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang - Seremban (Lekas) di Mantin, Sabtu lalu.

Begitu hebat dugaan wanita bernama Tasha ini. Baru kehilangan cahaya mata sulungnya, Puteri Rania yang ketika itu berusia dua bulan, kira-kira tiga tahun yang lalu, Tasha yang hanya bergelar suri rumah tangga diduga sekali lagi apabila kehilangan insan yang amat dekat dan akrab dengannya serta menjadi tempatnya bergantung.

Terlalu singkat kemanisan yang dipinjamkan-Nya. Mereka hanya sempat berkongsi hidup selama lima tahun, kini tanggungjawab membesarkan dua puteri mereka Putri Nursafiyaa, 2 tahun dan Putri Nursumayya, 11 bulan, tergalas di bahu Tasha seorang.

18 April 2010

PERGI SELAMANYA : ACHIK SPIN - AL FATIHAH

Toyota Estima yang dipandu arwah, hangus terbakar. - FOTO BERNAMA


ACHIK SPIN MENINGGAL KEMALANGAN

SEREMBAN : Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

FOTO TOYOTA ESTIMA ACHIK SPIN YANG HANGUS


Km 14-7
Lebuhraya Lekas
Kajang -Seremban
berhampiran susur Pajam-Nilai
17 April, 2010


Beginilah keadaan kenderaan Toyota Estima
Achik Spin yang hangus sama-sekali setelah terbabas.

ACHIK SPIN MAUT KEMALANGAN


Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV)
yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali

sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri

di KM 14, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)

dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA


Keluarga Allahyarham berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

SEREMBAN, 17 April : Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

15 April 2010

APAKAH PELAJAR BINGAI INI DIROGOL?

Akhbar Berita Harian keluaran hari ini, 15 April 2010 melaporkan : Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rogol membabitkan teman lelaki kepada pelajar pintar dan menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan terhadap lelaki berusia 19 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Beliau berkata, lelaki bekerja sebagai penyelia restoran di Langkawi itu dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin. "Polis sudah melengkapkan siasatan kes berkenaan dan kertas siasatan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menunggu tindakan lanjut. Kita masih menunggu arahan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, sempena Hari Polis ke-203, semalam.

14 April 2010

Alam Dan Manusia : BELUT MUNTAH

PESANAN PENAJA : Jangan baca dengan penuh perasaan kerana dibimbangi ia akan membuatkan anda merasa tak keruan seterusnya dikhuatiri anda akan trauma setiap kali terlihat belut!!!

.........................................
BELUT MUNTAH

Kisah ini kononnya terjadi di Jakarta. Pada suatu hari, si Bambang, yang usianya baru lima tahun, menghampiri ibunya lantas bertanya, "Ibu, pacaran itu maksudnya apa bu?" Si ibu agak bingung dan sedikit gelabah untuk menerangkan maksud 'pacaran' itu kepada kanak-kanak yang usianya baru melewati lima tahun. Namun, si Bambang terus mendesak untuk mengetahui maksud 'pacaran' itu.

Lalu, tanpa memikirkan apa-apa, si ibu berkata, "Kalau kau benar-benar mau tau maksud berpacaran itu, petang nanti tunggu di beranda rumah kita ini. Hari Sabtu begini, Susi, anak jiran kita itu biasanya akan berpacaran dengan Antonius. Antonius akan datang ke rumahnya dan keluar berjalan-jalan. Jadi, kau akan tahu maksud pacaran itu."

Menjelang petang, Si Bambang pun menunggu di beranda rumahnya dan apabila hari sudah gelap, baru kelihatan si Antonius muncul. Kelihatan Susi sudah siap sedia menanti kedatangan pacarnya itu. Si Bambang terus melihat perlakuan dua kekasih ini tanpa disedari oleh mereka berdua.

13 April 2010

BUDAK GATAL NAK BERLAKI DAKWA TERKENA ILMU HITAM?

HALIMATON BATAL HASRAT KAHWIN
ALOR SETAR : Pelajar pintar (pintar ke? atau bingai?), Halimaton Abd Rashid, 15, yang kini dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kaunseling, membatalkan hasratnya untuk berkahwin sebaliknya mahu menyambung semula persekolahan dan menumpukan pada persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), hujung tahun ini.

Halimaton, yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 22 Mac lalu, kerana ingin berkahwin dengan teman lelaki yang melarikannya, kini mahu kembali ke sekolah dan mengikuti pelajaran seperti biasa.

Dia yang dibawa pulang oleh keluarganya dengan bantuan kakitangan JKM dan polis Jumaat lalu, dikatakan merindui alam persekolahan, termasuk rakan dan gurunya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang.

12 April 2010

MAYAT BAYI DI DALAM TONG SAMPAH


Sg Choh
Hulu Selangor
11 April 2010
8 pagi

Kejam malah perbuatan yang lebih keji dari sifat seekor binatang. Apa yang berlaku ini, bukan kali ke lima, kali ke 18, malah kali yang entah ke berapa berlaku. Mereka yang melakukan ini bolehlah diklasifikasikan di bawah binatang tahap kelas pertama. Itu belum lagi kes yang tidak diketahui dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Apa yang anda lihat ini, adalah realiti apa yang berlaku sekarang ini dan ia bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi berlaku di hadapan mata kita.


Bagi 3 pekerja sebuah syarikat mengangkut sampah, iaitu kontraktor kepada Majlis Daerah Hulu Selangor, rutin harian mereka sama sahaja.

JOM BAWA LARI ANAK DARA ORANG

Kahkahkahkahkahkahkah....!!!! Baru nak tahan budak jantan ni? Hahahahahahahahaahamjadah!!! Laporan polis dah dibuat oleh ibu budak pompuan ni dalam bulan Mac lagi.

Lepas tu siap masuk pulak suratkhabar yang budak jantan dengan budak pompuan tak cukup umur ni pulak buat laporan polis kat IPD Langkawi kononnya sebagai menafikan dakwaan laporan polis maknya tu.

Lebih pelik lagi apabila ibu budak pompuan ni siap pergi ke Langkawi, berbincang perihal nak bawa balik anaknya ni. Berbincang pulak kat IPD Langkawi... Polis IPD Langkawi tak perasan ke yang ibu budak ni dah buat laporan polis kat IPD Kuala Muda? Dalam dunia serba canggih ni, takkan la antara kedua-dua balai polis ni tak boleh berhubung?

11 April 2010

AKHBAR SIAR PERIHAL RAFIQIN DARWISY!!!

BERITA MINGGU 11 APRIL 2010
AL-KISAH : REMAJA HINA DIN BERAMBOI
DUNIA dah akhir zaman agaknya. Semakin ramai remaja tidak lagi menghormati orang tua, malah orang yang sudah meninggal dunia pun boleh dihina dan dimaki hamun sesuka hati. Raja benar-benar `terpukul’ dan sedih apabila mendapat tahu seorang remaja berusia 14 tahun mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap arwah Din Beramboi sesudah pelawak itu meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu.

10 April 2010

RAFIQIN DARWISY 04.04.2010

Sahabat-sahabat yang sudi membuka blog ini. Esok genap seminggu kes berkaitan RAFIQIN DARWISY, pelajar yang mengutuk dan menghina Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi.

RAFIQIN DARWISY, itulah namanya. Nama yang menggemparkan pengunjung laman sosial terutamanya Facebook kerana pelajar ini menghantar komen biadabnya di laman sosial milik arwah. Rafiqin Darwisy mula menghantar komennya di Facebook arwah pada pagi Ahad lalu, 04 April 2010 iaitu 2 hari selepas pemergian arwah. Apa motif pelajar ini berbuat demikian?
  • Mungkin menganggap perkara tersebut tidak serius
  • Mungkin sekadar untuk suka-suka
  • Ingin cepat dikenali
  • Inginkan perhatian
Apapun sebab dan agendanya, pelajar ini kini ternyata dikenali dan pada masa yang sama 'terbeban' dengan permainan ciptaannya sendiri. Dengan pengetahuan yang kurang luas tentang dunia internet, terutamanya apabila dia mengubah-ubah nama (nickname) berbeza tetapi tetap menggunakan email yang sama iaitu rafiqindarwisy@yahoo.com sehinggakan dikesan pelayar internet yang lain.

SPA 'MANDI BUIH' DI KUALA LUMPUR


SPA AKSI KAMAR MANDI DISERBU

KUALA LUMPUR : Pakej mandi bersama antara perkhidmatan tambahan ditawarkan kepada pelanggan di sebuah pusat pelacuran di Taman Sri Petaling, Sungai Besi di sini yang berselindung di sebalik perniagaan salun kecantikan. Ia terbongkar dalam serbuan malam kelmarin oleh sepasukan anggota dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur (IPPKL) hasil maklumat awam.

09 April 2010

PAMERAN SENI YANG MENGHINA ISLAM

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud : "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

RAFIQIN DARWISY BOLEH TERKELUAR ISLAM ATAU MURTAD!!!

Pelaku Dituntut Mohon Maaf
Penceramah bebas, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami kepada pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood menyelar tindakan tidak bermoral itu (menghina Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi).

Beliau menyifatkan individu yang menulis kata-kata kesat yang ditujukan kepada Allahyarham sebagai berdosa besar dan harus memohon maaf kepada keluarga serta waris terdekat.

08 April 2010

CARI DUIT SELUK COLI

PEKAN : “Saya terpaksa menyimpan wang saku dalam kasut kerana mereka pernah menyeluk ke dalam coli saya untuk mencari wang,” kata Norizan Janal Abidi, 15, pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang menjadi mangsa buli empat pelajar lelaki sebaya, semalam. Kejadian malang itu menimpa pelajar tingkatan tiga terbabit hampir tiga bulan lalu sejak dia bertukar ke sekolah berkenaan pada pertengahan Januari lalu.

Kemuncaknya apabila empat pelajar berlagak samseng itu menumbuk serta melibas punggung mangsa dengan kerusi apabila mangsa mengadu perkara itu kepada pengetua selepas waktu rehat, semalam.

ISU RAFIQIN DARWISY : LUAHAN HATI ISTERI ARWAH

"SAYA TIDAK KECIL HATI ABANG DIN DIHINA"
Pusaranya masih lagi ‘merah’, namun ada sahaja perkara yang tidak diingini menimpa keluarga Allahyarham Din Beramboi. Belum reda kes rumah mereka di pecah masuk, timbul pula isu seorang remaja yang berusia 14 tahun menghina kematian arwah dengan kata-kata yang kesat menerusi akuan ‘facebook’ miliknya.

07 April 2010

RAFIQIN DARWISY MEMALUKAN SEKOLAH!!!

Sekolah pelajar ini turut terkena tempias 'populariti' yang dicetuskannya dengan mengutuk Allahyarham Din Beramboi. Sedikit info mengenai sekolah Rafiqin Darwisy.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di pusat Bandar Indera Mahkota. Nama sekolah ini diambil sempena nama ayahanda mentua kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Muhammad Panglima Perang. Sebelum ini, sekolah ini pernah dicadangkan untuk dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota.

Rafiqin Darwisy menggunakan nickname samaran Alya Shahira


RAFIQIN DARWISY : KOMEN AFDLIN SHAUKI

Komen Afdlin Shauki yang juga merupakan
sahabat baik arwah Din Beramboi

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Rafiqin Darwisy yang kononnya memohon maaf di Facebook Afdlin Shauki


Sahabat yang blurrr tentang siapa Rafiqin Darwisy, sila rujuk entri saya sebelum ini -KLIK-. Hindari kata-kata kesat serta kutukan ke atas remaja ini. Memang apa yang dilakukannya melampau. Tetapi perbuatan kita pasti tak terlepas dari HUKUM KARMA... "Buat baik berpada-pada, dan jangan sesekali melakukan kejahatan..."

JOM PEKENA IKAN BAKAR PETAI @Kuantan

Jom cuti-cuti Malaysia ke negeri Pahang Darul Makmur. Dan kat sini aku nak bagi info satu tempat makan yang terbaik di Kuantan. Tak lengkap kunjungan ke Kuantan kalau tak pekena ikan bakar di TANJUNG LUMPUR. Tanjung Lumpur terletak hanya 5 kilometer dari bandar Kuantan dan sememangnya terkenal dengan restoran-restoran ikan bakar dan juga AIR GELAS BESAR!

06 April 2010

PENCURI PECAH MASUK RUMAH ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

Rumah Allahyarham Din Beramboi
di Jalan Selasih Sari 8, Sungai Buaya, Rawang.

SAMPAI HATI MEREKA BUAT BEGINI
KUALA LUMPUR :
"Sampai hati mereka meragut kenangan yang ditinggalkan arwah kepada anak-anak. Pasti Allah akan membalas perbuatan dilakukan mereka," kata balu Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man, 42, berhubung tindakan sekumpulan pencuri memecah masuk rumahnya, malam kelmarin.

05 April 2010

PERMOHONAN MAAF RAFIQIN DARWISY? BENAR ATAU 'PELESU'


BUDAK INI (RAFIQIN DARWISY) TERUK DIHENTAM KERANA KEBIADABANNYA DAN MUNGKIN DARI SITULAH DIA KONONNYA MEMBUAT PENGAKUAN UNTUK MEMOHON MAAF.

04 April 2010

BUDAK KURANG AJAR : RAFIQIN DARWISY YANG MENULIS PERKATAAN BIADAB DI LAMAN FACEBOOK ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Astaghfirullah... 'AL-FUCK', kat mana budak ni belajar, bagaimana pergaulannya, didikan keluarganya... Sehinggakan berani mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama. Siapa yang silap?
  • ADAKAH IA KESILAPAN SISTEM PENDIDIKAN KINI YANG KURANG BERKESAN MENTARBIAH PELAJAR SETERUSNYA GAGAL MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG TERPUJI?
  • ADAKAH IA KESILAPAN IBU-BAPA YANG MENDIDIK?
  • ADAKAH SILAP PERSEKITARAN DAN MASYARAKATNYA?
  • ADAKAH SILAP DARI PENGARUH RAKAN-RAKAN?
  • ATAU ADAKAH IA KESILAPAN BUDAK INI SENDIRI YANG MEMILIH 'JALAN HITAM' DALAM HIDUPNYA...

03 April 2010

'ASTRO HENTI PROGRAM 3 HARI' SEBAGAI TANDA MENGHORMATI PEMERGIAN ALLAHYARHAM MIOR (DIN BERAMBOI)

KUALA LUMPUR : Astro menghentikan sementara siaran program menampilkan Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, selama tiga hari berturut-turut mulai semalam sebagai menghormati permintaan keluarganya.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah, berkata slot itu digantikan dengan kapsul khas bagi mengenang pembabitan Din dalam bidang seni.
Kematian Din satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air kerana kepelbagaian bakat dimilikinya, katanya ketika ditemui selepas pengebumian Din di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong di sini, pagi semalam.

02 April 2010

KAHWINKAN JE!!! BIAR DIA TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH!!!

Ibu akur Halimaton mahu berkahwin
LANGKAWI : Perbincangan selama tiga setengah jam antara keluarga pelajar, Halimaton Abd Rashid, 15, dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, di sini, yang berakhir awal pagi semalam, mencapai kata sepakat bersetuju pasangan itu berkahwin dalam tempoh terdekat.

Halimaton sebelum ini dikatakan keluarganya hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak 11 hari lalu dan dalam tempoh itu dia tinggal bersama keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini.

JENAZAH ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI SELAMAT DISEMADIKAN





PERGI TAK KEMBALI : SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH DIN BERAMBOI

"Terima kasih sahabat... Kerana membuatkan kami sering tersenyum dengan bicaramu yang menghibur hati... Pastinya hari mendatang akan terasa sunyi tanpa celotehmu. Kami menyayangimu tetapi DIAlah yang sebenar-benarnya lebih menyayangi dirimu saudara. Semoga pergimu ke sisiNYA juga dengan penuh senyuman untuk berada di samping KASIH SEGALA KEKASIH..."


02.04.2010 : Pelawak dan pelakon terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri , 43 atau lebih dikenali sebagai DIN BERAMBOI telah kembali kerahmatullah pada jam 12.30pagi. Adik Allahyarham, Rozana Mior Badri berkata semua ahli keluarga berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kecuali ayahnya.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas selepas kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Kita kehilangan sebutir bintang yang pergi di saat namanya sedang meningkat naik di dalam bidang penyiaran (Dj Radio) dan di dalam bidang lakonan. Sememangnya pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan sahabat baik beliau, malah kepada seluruh peminat-peminat yang mengikuti perjalanan karier Arwah.

Semoga roh Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ditempatkan oleh Allah swt di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Bersama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah... al-Fatihah...

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat.


Mior Ahmad Fuad Mior Badri
22.12.1966 - 02.04.2010
Al-Fatihah

................................................

UTUSAN ONLINE update berita ini jam 2.47pagi

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. "Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat," katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.


.......................................


TERKINI : Jam 330pagi - Jenazah Allahyarham Din Beramboi kini di rumah No.2079, Jln E5 / 12 Taman Ehsan kepong. Kebumi sebelum solat Jumaat. HARAP MAKLUM


.......................................

"Innalillah... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah. Al Fatihah buat Din... Tuhan sayang sangat kat kau Din." - AFDLIN SHAUKI

"Din tersenyum dalam kubur. Muka dia tenang. Ramai yang sayang kat din, din selamat jalan... Semoga semuanya berjalan lancar." AFDLIN SHAUKI, 12.15pm, 02APRIL2010

01 April 2010

BUDAK MACAM NI ELOKNYA DIBAGI PELEMPANG!!!

HALIMATON dipeluk ibunya
setelah selesai mengadakan perbincangan
di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, semalam.

RUNDINGAN BAWA PELAJAR PULANG BUNTU

LANGKAWI : Keluarga pelajar pintar yang melarikan diri dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sejak Isnin minggu lalu, Halimaton Abd Rashid, 15, semalam datang ke pulau ini bagi menemui keluarga teman lelakinya bagi mencari penyelesaian berhubung masalah yang melanda pasangan itu.

Ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, serta beberapa ahli keluarga terdekat tiba di pulau itu pada kira-kira jam 7 malam dan menemui keluarga teman lelaki Halimaton, Mohamad Noor Abdullah, 19, di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. Pihak Mohamad Noor pula diwakili oleh ibunya, Azizah Senapi dan bapa tiri pemuda itu yang tidak dikenali identitinya.

Perbincangan itu yang turut disertai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Langkawi, Asisten Superintendan Ismail Ibrahim bermula pada kira-kira jam 10.30 malam dan berlarutan sehingga satu setengah jam tetapi gagal mencapai sebarang penyelesaian apabila Halimaton dikatakan enggan kembali ke pangkuan keluarganya.

Berikutan itu, Ketua Pemuda Umno bahagian Langkawi, Norsaidi Nayan yang turut berada di situ mengambil inisiatif membawa kedua-dua belah pihak menyambung rundingan di rumahnya di sini.
Sehingga jam 1.30 pagi ini rundingan masih berjalan apabila kedua-dua belah pihak enggan mengalah.

Difahamkan, perbincangan menemui jalan buntu apabila Halimaton enggan pulang ke pangkuan keluarganya di Baling, sebaliknya berkeras mahu berkahwin dengan pemuda pilihannya itu menyebabkan ibunya dilihat pengsan dan terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarganya.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan Halimaton yang juga pelajar pintar melarikan diri dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya kerana mahu mengikut teman lelakinya itu di Langkawi. Dia yang ditemui kelmarin menyatakan nekad mahu berkahwin dengan pemuda pilihannya itu dan enggan pulang ke pangkuan keluarga.
- BERITA HARIAN

.............................................


MUKA MACAM NI, ELOKNYA DILEMPANG JEA BARANG LIMA NAM PULUH KALI. HORMAT LA SIKIT KAT IBU YANG MELAHIRKAN. SANGGUP SI IBU DATANG MERAYU. APAKAH INI GAMBARAN SIKAP DAN PERIBADI ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG?

ARTIKEL BERKAITAN :
Ini bukan pelajar pintar; ini namanya pelajar mangkuk hayun!!!

Din Beramboi disyaki dijangkiti demam denggi berdarah

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pelakon terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi dirawat disyaki akibat demam denggi berdarah, bukannya akibat jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, berkata ujian darah yang dijalankan Hospital Selayang mendapati beliau mendapat demam denggi berdarah dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

"Ia bukan demam akibat jangkitan virus air kencing tikus seperti yang dilaporkan sebelum ini, tapi demam denggi berdarah, laporannya sudah diterima hari ini (semalam). Setakat ini, perkembangan beliau bertambah baik, stabil dan masih memerlukan rawatan di ICU," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Din yang juga penyampai radio Era FM itu koma sejak kelmarin dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus sehingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.

Sementara itu anak sulung pelawak terbabit, Nil Aina Adibah, 18 berkata, ayahnya begitu teringin untuk membawa mereka sekeluarga ke majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Ahad ini selepas tercalon bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular buat pertama kalinya.

"Dia sangat gembira apabila tercalon dalam top 5 ABPBH 2009 buat pertama kalinya dan ada menyatakan yang dia ingin membawa kami sekeluarga berjalan-jalan di Genting Highlands. Namun selepas kesihatannya tidak mengizinkan kami cukup sedih mengenangkan kesihatannya. Buat masa ini doktor mengatakan dia semakin stabil daripada semalam (kelmarin) dan bersyukur kerana begitu ramai kenalannya datang melawat dan mendoakannya," katanya yang ditemui pada jam 1.15 tengah hari, semalam.

Adik kepada Din pula, Shariffudin, memberitahu ahli keluarganya terkejut dengan laporan media mengatakan Din dirawat akibat virus terbabit dan memerlukan bekalan darah. "Pelbagai versi cerita yang saya dengar namun semuanya tidak sahih. Ini semua khabar angin. Abang saya dimasukkan ke hospital akibat denggi berdarah," katanya sambil meminta kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan berdoa agar dia pulih. - BERITA HARIAN
Related Posts with Thumbnails