KUALA LUMPUR : "Saya tidak tahu secara terperinci perjanjian antara ibu dengan mereka. Lebih merumitkan keadaan urusan itu dikendalikan peguam ibu, (Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim)." Itu komen Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya terhadap saman dikemukakan dua ahli perniagaan terhadap syarikatnya, Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd (Nouvelle Beauty).
Saman difailkan pada 5 Ogos lalu mendakwa Nouvelle Beauty melanggar perjanjian jual beli tanah yang di atasnya mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, apa yang diketahuinya, plaintif memang berminat membeli tanah itu dan pada mulanya Allahyarham ibunya hendak menjual, tetapi menarik balik hasrat itu serta mahu memulangkan semula wang.
"Semua proses itu dikendalikan Ahmad Kamil dan Allahyarham sepatutnya berjumpa mereka (plaintif) untuk menyelesaikan, namun selepas itu dia hilang bersama ibu," katanya yang dihubungi, semalam. Rita, 25, berkata, tindakan saman dua ahli perniagaan itu mengejutkan dia serta menyebabkan keadaannya sekarang agak tertekan.
"Saya cuba bersabar dan anggap ia satu lagi dugaan selepas kehilangan orang tersayang dalam keadaan mengejut. Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang memahami masalah kami," katanya.
Nouvelle Beauty dalam satu kenyataan berasingan pula berkata, pihaknya melantik peguam untuk meneliti dakwaan terbabit. "Peguam diarahkan untuk mempertikaikan dakwaan seperti dinyatakan di dalam saman itu di mahkamah," kata kenyataan itu.
Khamis lalu akhbar melaporkan saman itu difailkan pada 5 Ogos lalu iaitu 25 hari sebelum Sosilawati, 47, dilaporkan hilang dan kemudian disahkan dibunuh mati bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, pada 30 Ogos lalu.
Plaintif, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan dalam saman mereka yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 5 Ogos lalu. Peguam SH Tang hadir mewakili kedua-dua individu itu, namun Nouvelle Beauty tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 1 Disember depan mendengar permohonan Low dan Lim bagi memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty selepas syarikat itu gagal memfailkan afidavit balasan selepas 14 hari saman dikemukakan.
Berdasarkan surat tawaran yang dipersetujui dan ditandatangani wakil Nouvelle Beauty pada 2 April lalu, defendan bersetuju menjual tanah seluas 144.9 meter persegi bersama dengan kedai dan pejabat empat tingkat di tanah milik syarikat itu pada harga RM3 juta.
Plaintif mendakwa membayar RM60,000 ketika surat tawaran jual beli itu ditandatangani dan baki deposit RM240,000 dibayar ketika Perjanjian Jual Beli ditandatangani manakala selebihnya dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.
Mereka memohon perintah mahkamah supaya Nouvelle Beauty meneruskan pelaksanaan perjanjian jual beli hartanah itu, selain perintah injunksi bagi menghalang Nouvelle Beauty daripada melupuskan hartanah itu kepada orang lain selain daripada plaintif. Mereka mendakwa terma dan syarat dalam draf perjanjian jual beli sudah dipersetujui dan dijadikan muktamad oleh kedua-dua pihak pada 22 April 2010.
Dalam afidavit itu mereka mendakwa selepas sebulan surat itu ditandatangani, Nouvelle Beauty melalui surat peguam caranya bertarikh 30 April 2010 memaklumkan tidak berniat meneruskan transaksi jual beli itu. Plaintif mendakwa, melalui surat bertarikh 3 Mei, Nouvelle Beauty terikat dengan terma dalam perjanjian jual beli hartanah.
Pada 25 Mei 2010, Nouvelle Beauty memulangkan surat perjanjian jual beli, suratcara pindah milik, borang permohonan kebenaran pindah milik serta cek RM240,000, tetapi gagal membayar balik wang deposit RM60,000.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan