Seorang pakar tidak dapat mengenalpasti secara positif kaliber atau senjata asal peluru pada kepala Aminulrasyid Amzah, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini. Ahli kimia Saari Desa, 43, memberitahu mahkamah bahawa peluru tersebut rosak teruk sehingga beliau tidak dapat mengenalpasti senjata yang digunakan untuk menembaknya (peluru).
Biasanya, kata beliau, peluru itu boleh dikenalpasti sekiranya ia mengenai permukaan yang lembut, seperti air, di mana peluru dan jaketnya masih bersama, dan pihaknya boleh menentukan kalibernya. Bagaimanapun, kata Saari, jika ia mengenai permukaan yang keras, seperti konkrit, jaket peluru akan pecah dan rosak, menyebabkan sukar untuk mengenalpasti senjata yang digunakan.
Menurutnya, apabila ini berlaku, peluru itu akan kehilangan karakteristiknya. Inilah, tambahnya, yang terjadi pada peluru E (yang diperolehi dari hospital) dan tidak sesuai untuk dibandingkan. Saari percaya ia peluru 9mm, tetapi tidak dapat memastikan secara mutlak. Peluru itu dihantar kepadanya oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 5 Mei.
Saari adalah saksi ke-24 pihak pendakwa dalam perbicaraan terhadap Koperal Jenain Subi, 48 yang dituduh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/ 2, Seksyen 11, Shah Alam, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April.
Saari, yang bertugas di unit senjatapi dan pengesanan Jabatan Kimia, memberitahu demikian ketika disoal oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, yang dibantu oleh DPP Idham Abdul Ghani. DPP Dusuki kemudiannya menyoal Saari bagaimana dia boleh meneka peluru itu dari senjata 9mm. Saari menjawab ianya konsisten dengan dasar tapak peluru 9mm yang lain.
Katanya, jika ia peluru 9mm, ukuran diameter asas tapaknya akan sama dengan peluru 9mm tanpa jaket. Biasanya, kata Saari lagi, peluru tanpa jaket akan mempunyai julat berukuran diameter antara 7mm dan 8.55 mm. Ukuran dasar tapaknya konsisten dengan saiz peluru 9mm.
Beliau menjelaskan, di samping konkrit, jaket peluru boleh tertanggal jika ia mengenai objek keras seperti dinding, badan kereta, cermin kereta atau pokok.
Pistol yang digunakan?
Sebelum itu, Saari dalam keterangannya berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti senjata yang menembak dua serpihan peluru, satu jaket peluru dan satu peluru kerana semuanya dalam keadaan teruk. Peluru-peluru ditemui di laluan kereta yang dikejar dari bulatan Kayangan ke tempat Aminulrasyid ditemui mati.
Saari berusaha menentukan peluru yang ditembakkan dari dua submesingan Heckler dan Koch MP5, yang telah ditanda sebagai bahan bukti X dan Y. Salah satu daripada senjata itu digunakan oleh Jenain pada malam kejadian.
Saksi sebelum ini, memberitahu mahkamah bahawa Jenain telah diberikan 100 peluru 9mm. Sejumlah 21 kelongsong peluru dan peluru ditemui di sepanjang laluan kereta yang dikejar. Sampel peluru hidup dan kelongsong yang digunakan dalam ujian balistik dari dua submesingan itu, dikemukakan untuk perbandingan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan