VVIP DENAI CINTA

19 November 2010

SUARA YANG DIDENGARI OLEH MAYAT

Yang akan mengikut mayat itu ada tiga iaitu :
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Dua yang kembali dan satu akan tinggal bersamanya mayat iaitu :
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali.
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika roh meninggalkan jasad... Terdengarlah suara dari langit memekik, "Wahai fulan anak si fulan.. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu? Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan atau kekayaan yang telah menumpukmu? Apakah kau yang telah menumpuk dunia atau dunia yang telah menumpukmu? Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?"

Ketika mayat tergeletak akan dimandikan... Terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan...! Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah? Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tiada bersuara? Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa? Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib tak bersuara?"

Ketika mayat siap dikafan... Suara dari langit terdengar memekik, "Wahai fulan anak si fulan…! Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha. Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah. Wahai fulan anak si fulan... Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya. Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat diusung... Terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan...! Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan. Berbahagialah apabila matimu diawali taubat. Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."

Ketika mayat siap disolatkan... Terdengar dari langit suara memekik, "Wahai fulan anak si fulan…! Setiap pekerjaan yang kaulakukan kelak kaulihat hasilnya di akhirat. Apabila baik maka kauakan melihatnya baik. Apabila buruk, kauakan melihatnya buruk."

Ketika mayat dibaringkan di liang lahad... Terdengar suara memekik dari langit, "Wahai fulan anak si fulan...! Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini. Wahai fulan anak si fulan...! Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kaumenangis. Dahulu kaubergembira, kini dalam perutku kauberduka. Dahulu kaubertutur kata, kini dalam perutku kaubungkam seribu bahasa."

Ketika semua manusia meninggalkannya sendirian... Allah berkata kepadanya, "Wahai hamba-KU.....! Kini kautinggal seorang diri. Tiada teman dan tiada kerabat di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap. Mereka pergi meninggalkanmu, seorang diri. Padahal, kerana mereka kaupernah langgar perintah-KU Hari ini....! Akan KU-tunjukkan kepadamu kasih sayang-KU. Yang akan takjub seisi alam. AKU akan menyayangimu. Lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."

Kepada jiwa-jiwa yang tenang Allah berfirman "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu. Dengan hati yang puas lagi diredhai-NYA. Maka masuklah ke dalam Jamaah hamba-hamba-KU. Dan masuklah ke dalam Jannah-KU."

..................................
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk sentiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, baginda bersabda; "Cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!"

Sumber : Forward e-mail

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails