VVIP DENAI CINTA

07 November 2010

Najib Bersemangat Tinggi, Semakin Beransur Sembuh - Ketua Pengarah Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Nov : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersemangat tinggi dan terus menunjukkan tanda-tanda semakin sembuh, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Dalam satu kenyataan, beliau berkata kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis telah pun dapat diatasi. "Beliau kini mengikuti diet biasa," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata Perdana Menteri dijangka dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi. "Datuk Seri Najib mengucapkan terima kasih kepada pengirim ucap selamat yang mendoakan beliau supaya cepat sembuh," katanya. Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut. Sementara itu di HKL, Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima kunjungan ibunya Tun Rahah Mohd Noah dan adik beliau Datuk Mohamed Nazim Razak.

Sejak kira-kira 12 tengah hari, beliau turut dikunjungi beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed.

Turut melawat beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Koh Tsu Koon serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails