VVIP DENAI CINTA

16 November 2010

Pemilik Virgin Atlantic Bakal Jadi 'Pramugari' AirAsia

Khhaaaiiikkkkhhhhtttthhhuuuuiiiihhhh!!! Dah takde cara lain gamoknye nak mencari publisiti. Kalaulah aku yang jadi penumpang pesawat AirAsia yang kononnya bertuah kerana bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari, mahu je aku termuntah bile menengokkan dia bersut lengkap pramugari tu!!! Kalau 1st Lady 1Malaysia [Bik Mama] pakai sut pramugari, itu aku agak suka ar... hahahahahaaammmjadahhhhhhh!!!!!

PETALING JAYA : Sebilangan penumpang AirAsia bertuah bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu.

Peluang yang mungkin datang hanya sekali itu berikutan pasukan Formula Satu (F1) Richard, Virgin Racing berada pada kedudukan di belakang pasukan F1 1Malaysia-Lotus yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.
Dalam pada itu, Tony turut menyahut cabaran Richard akan 'bekerja' sebagai pramugari Virgin Atlantic sekiranya pasukan F1 1Malaysia-Lotus tewas dengan pasukan lawannya.

Kedua-dua tokoh korporat itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Ahad.
1Malaysia-Lotus berada pada kedudukan ke-10 manakala Virgin Racing pada kedudukan terakhir dalam perlumbaan melibatkan 12 pasukan itu.

Tony sebelum ini berkata, uniform (pakaian pramugari AirAsia) dilihat begitu sesuai dengan Richard dan penumpang pasti akan gembira untuk menerima layanan daripadanya.
"Tetapi cabaran sebenarnya apabila mengenali Richard adalah menghalangnya daripada bertanya kepada penumpang kami : kopi, teh atau saya?" kata Tony.

Beliau menambah, Richard akan 'ditugaskan' untuk menjadi pramugari bagi penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X.
"Kami mahu mengekalkannya dengan penerbangan jarak jauh berbanding penerbangan jarak dekat yang dikendalikan oleh AirAsia," katanya lagi.

"Kami akan memohon untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam," katanya.
Dalam pada itu, jurucakap AirAsia memberitahu mStar Online pada Selasa berkata, Richard bakal 'menyertai' sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah tersebut pada Januari atau Februari tahun depan.

Katanya, berkemungkinan besar beliau (Richard) akan menyertai penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke London atau dari London ke Kuala Lumpur.
"Bagaimanapun, kami masih dalam perbincangan lebih terperinci sebelum membuat permohonan mengenainya kepada Jabatan Penerbangan Awam. Tony akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkhabaran ini dalam waktu terdekat," kata jurucakap itu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails