Kahkahkahkahkahkahkah... JUAL MERCUN KENA 7 TAHUN PENJARA BEB!!! LUPUSKAN EMPAT MAYAT (kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya) PUN KENA 7 TAHUN PENJARA JUGAK...? Kahkahkahkahkahkahkah... Lebih-lebih plak aku gelak, kang tak pepasal dituduh menghina mahkamah... Kahkahkahkahkahkahkah... LUPUS MAYAT dengan JUAL MERCUN, mana lebih BERAT KESALAHANNYA...? LU PIKIR LA SENDIRI...!!! Kahkahkahkahkahkahkah...!!!
...............................
Jual Mercun Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Pekerja Kantin Sekolah Dipenjara Tujuh Tahun
KUALA LUMPUR, 1 Nov : Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lepas, dia dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret pada Isnin. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lepas.
Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam. Dia didakwa memiliki 40 biji mercun 'bola', 40 biji mercun 'ketupat' dan 15 biji mercun 'bunga api gasing' semasa ditahan.
Sh Ahmad, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya oleh Majistret Abdullah Siddiq tujuan dia memiliki bahan itu, Sh Ahmad menjawab: "Saya menjual pelbagai barangan termasuk barang permainan dan saya menjual bahan ini untuk pengunjung yang datang ketika mana-mana perlawanan berlangsung."
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan