VVIP DENAI CINTA

11 November 2010

AMINULRASYID : Inspektor Titis Air Mata

Seorang inspektor forensik sebak ketika memberitahu perbicaraan Aminulrasyid Amzah mengenai kedudukan mayat remaja yang mati ditembak oleh polis itu. Inspektor Mazli Jusoh, kemudiannya memohon kepada hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Latifah Mohd Tahar untuk berehat seketika untuk menenangkan dirinya.

"Boleh saya henti selama lima minit,” katanya sebelum menuju ke bilik air setelah mendapat kebenaran. Mazli, menganggotai pasukan polis pada 2000 dan dipindahkan ke unit forensik pada Julai 2007. Sebelum itu, beliau memaklumkan mahkamah bahawa kedudukan mayat Aminulrasyid amat menyedihkan dan percaya ia telah dialihkan.

Katanya, beliau terlihat darah mengalir keluar dari hidung mangsa dan terjumpa sebutir kelongsong peluru di rumput, kira-kira lapan kaki dari kereta. Kelonsong peluru itu dipercayai yang terakhir ditembak yang meragut nyawa remaja itu.

Menurut Mazli lagi, beliau tiba di lokasi kejadian pada sekitar jam 3.20 pagi dan sebelum itu di satu lagi lokasi pembunuhan, di Ampang.Selepas berehat perbicaraan bersambung dengan Mazli memberikan semula keterangannya. Katanya melihat kedudukan badan Aminulrasyid yang cukup menyayatkan itu, dia mengerakkannya supaya mayat itu diletakkan dalam keadaan yang lebih dihormati.

Korporal Jenain Subi, 48, didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat di kejadian yang berlaku di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April. Dakwaan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara 30 tahun jika didapati bersalah.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails