VVIP DENAI CINTA

21 Mac 2011

KELANTAN MUNDUR : Mydin Buka Cawangan Ke-5 Tahun Depan!!!

Selalu aku dengar di media arus perdana yang mengatakan KELANTAN dan rakyatnya mundur. Rakyat Kelantan miskin, negeri Kelantan tak maju. Tapi satu lagi perkara pelik yang berterusan berlaku apabila pasaraya borong terbesar di Malaysia iaitu Mydin membuat keputusan membuka cawangannya yang ke-5 di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Di negeri tak membangun ini jugalah pihak HABIB JEWELS membuka hotelnya yang pertama di Malaysia, begitu juga TUNE HOTELS yang kini beroperasi di Jalan Hamzah. Mengapa ya, syarikat-syarikat gergasi ini sanggup membuka perniagaan di negeri yang dikatakan mundur dan rakyatnya miskin? Atau ada kesilapan dalam laporan media-media arus perdana...? Renung-renungkankan... JOM CUTI-CUTI MALAYSIA KE KELANTAN SERAMBI MAKKAH!!!

Mydin Akan Buka Cawangan Ke-5 Di Kelantan Tahun Depan
BERNAMA
KOTA BAHARU, 21 Mac : Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan membuka satu cawangan di Daerah Pasir Mas, Kelantan pada tahun hadapan, yang akan menjadikannya cawangan ke-lima di negeri ini. Mydin kini mempunyai empat cawangan lain, iaitu dua di daerah ini dan masing-masing satu di Rantau Panjang dan di Kubang Kerian.


Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata cadangan pembukaan cawangan di Pasir Mas itu telah diluluskan kerajaan negeri dan pembinaannya akan dimulakan pada tahun depan. Bagaimana pun, kos pembinaannya belum diputuskan, katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Selain itu, katanya satu lagi cawangan baru dijangka dibuka di Tunjong, dekat sini, yang masih dalam proses cadangan awal dan belum diluluskan. Mydin menjalankan aktiviti perniagaan dan pemborongan di dalam penjualan barangan yang merangkumi makanan, peralatan rumah, pakaian, barangan elektrik, permainan, barangan dan lain-lain.

Sehingga kini, Mydin mempunyai 74 cawangann di seluruh negara termasuk lima pasaraya besar, 17 emporium, dua bazar, 36 mini pasaraya, lapan kedai My Mart dan enam francais Mydin Mart.

2 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

great article. mmg patut difikir2kan

Rohaifi Azri berkata...

Rasanya tiada syarikat yang bodoh membuka perniagaannya di tempat yang tiada pasaran serta kemampuan 'kuasa membeli' pengguna di kawasan tersebut pastinya diambil kira.

Terima kasih Mydin kerana membuktikan kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang paling mampu di Malaysia ini.

Khabarnya di Tunjung bakal dibuka Mydin yang paling besar di Malaysia... Kita tungguuuuu.....

Related Posts with Thumbnails