Kuala Lumpur : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru wanita didakwa 'mengusik' pelajar lelaki, terutamanya yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah.
Satu daripada aduan yang diterima NUTP membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat mendakwa pipinya selalu 'dicubit-cubit manja' oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin. - petikan majalah AL-ISLAM april 2011
........................................................................
Eh! Patutlah aku pun dulu selalu kena cubit dek guru wanita... aha ha ha ha...!!! Aku rasa, bagi menangani masalah tersebut, disarankan agar guru yang memiliki naluri 'kegeraman melampau' sama ada terhadap pelajar lelaki mahupun guru lelaki yang 'geram' kepada pelajar perempuan, SEELOKNYA mereka ini ditempatkan di sekolah lelaki dan sekolah perempuan sahaja.
Guru lelaki yang 'geram' kepada pelajar perempuan, letakkan dia di sekolah yang pelajarnya lelaki sepenuhnya, begitu juga sebaliknya kepada guru perempuan. Namun sampai bila nak selesaikan permasalahan ini sebegini...?
Sewajarnya apabila menjawat jawatan mulia sebagai guru/pendidik, maka golongan ini seharusnya merasa MALU dengan jawatan yang dipegang untuk sewenang-wenang melakukan sesuatu di luar batasan. Jadilah contoh terbaik kepada anak-anak didik anda. Jika merasa diri tidak mampu memegang jawatan serta menggalas tanggungjawab sebagai guru, maka ada baiknya anda melepaskan jawatan tersebut.
Lepaskan jawatan...? Ceh! Aku rasa tiada siapa yang berani melepaskan gaji bulanan ribuan hengget walaupun hakikat diri yang menjawat jawatan tersebut langsung tidak berkelayakan memegang amanah yang diberikan itu... Dunia dah akhir zaman.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), tanganilah segala permasalahan berkaitan guru ini sebaiknya... Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan