Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta diperolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).
Menurut Hishamuddin, sebagaimana dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM ialah :
Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit. "Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya.
Menurut Hishamuddin, sebagaimana dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM ialah :
- RM64.1 juta - Julai 2010
- RM40.6 juta - Ogos
- RM22.9 juta - September
- RM29.3 juta - Oktober
- RM29.0 juta - November
- RM127 juta - Disember
- RM44.7 juta - Januari 2011
- RM63.6 juta - Februari
- RM4.5 juta - Julai 2010
- RM2.8 juta - Ogos
- RM1.8 juta - September
- RM2.3 juta - masing-masing pada Okt dan Nov
- RM26.2 juta - Disember
- RM7.3 juta - Januari 2011
- RM8.3 juta - Februari
Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit. "Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan