VVIP DENAI CINTA

02 Mac 2011

Antara Saman, Kasta Dan Bibir Pink PM

Ahhhhh!!! Kecoh dengan SAMAN sehari dua ni. Cerita pasal diskaun pembayaran saman yang dah tamat kelmarin (28 Februari 2011). Dan perihal denda-denda yang lebih berat bakal 'dinikmati' oleh mereka yang melanggar peraturan jalan raya (termasuk yang disaman melalui 'PERANGKAP' had laju - saman ekor le).

Suka untuk aku perhatikan mengenai kenderaan-kenderaan yang 'berkeliaran' di jalanraya. Kadang-kadang rasa macam wujudnya sistem KASTA di atas permukaan tar yang hitam dan keras tu. KASTA di jalan raya, maksud aku ada keistimewaan tertentu bagi sesetengah golongan untuk memecut laju di jalan raya tanpa perlu takut dikenakan saman atau diperangkap ekornya oleh PERANGKAP HAD LAJU!

Untuk Sultan, pasukan keselamatan (yang benar-benar dalam kecemasan kerana tugas), ambulans atau bomba, tak mengapalah sekiranya mereka dibenarkan kebal dari undang-undang jalan raya. Tapi bagaimana pula dengan Pak-Pak Menteri...? Alasan apa membenarkan kereta mereka dipecut laju? Dan jika benar kereta membawa mereka disaman, siapa yang menjelaskan saman mereka? Apakah bayar dengan wang dari kocek sendiri atau bayar menggunakan wang rakyat?

PM Najib, ahhhh.... hidupnya penuh class, penuh gaya-mutu-keunggulan. Hidupnya dari kecil sehingga besar, penuh kesenangan. Hidupnya tak seperti kita rakyat bawahan. Tak jadi tokoh politik pun, hidupnya tak sesukar seperti kebanyakan kita. Minyak naik, barang naik dan naiklah apa sekalipun, hidupnya langsung tak terjejas. Jadi apa sangatlah yang dapat kita harapkan untuk PM ini merasai jerih perih kesusahan serta kesukaran rakyat dalam menghadapi kehidupan kini. PM, kasta kita berbeda..... Bibirmu PINK dan tanganmu halus mulus berbanding kami rakyatmu yang berkarat...!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails