KUALA LUMPUR, 8 Mac : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang meminta kerajaan mencari pendekatan lain yang lebih  sesuai berbanding saman ekor kerana ia lebih mendera rakyat bukannya  mendidik. "Sepatutnya kerajaan mendidik rakyat supaya mematuhi  peraturan jalan raya bukannya mendera rakyat sebagaimana berlaku dalam  kes saman ekor ini," kata beliau.
Sekurang-kurangnya dua kali beliau membangkitkan perkara ini dalam dua program berbeza. Pertama ketika bercakap kepada wartawan di Kerdau Selasa lepas dan sekali lagi ketika bercakap dengan kakitangan editorial Harakah Rabu lepas.
Beliau mengulas kesusahan yang dihadapi oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang terpaksa beratur di balai-balai polis untuk membayar saman bagi mengelakkan kenderaan mereka di senarai hitamkan. "Ini mendera rakyat bukan mendidik rakyat," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan