SHAH ALAM, 31 Mac : Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini Khamis terhadap empat tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada 30 Ogos tahun lepas.
Keempat-empat tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir. Akhtar menetapkan selama tiga bulan untuk perbicaraan bermula 4 Julai ini dan membenarkan permohonan pendakwaan supaya kesemua tertuduh dibicarakan bersama.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot no 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada 30 Ogos tahun lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.
Kes itu mendapat perhatian umum apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lalu selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah. Misteri kehilangan keempat-empat individu terbabit terungkai pada 12 September tahun lepas apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibakar, manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

1 ulasan:
4 orang haprak ni bodoh sangat lah,kalau tak mengaku membunuh Sosilawati,macamana pulak dengan 2 orang pelupus bukti yang membakar 4 mayat di ladang gadong milik suspek utama tu,mayat siapa yang mereka bakar tu kalau bukan mayat Sosilawati dan 3 individu lain,tak masuk akal langsung...Kalau nak mengelak sesuatu hukuman pun,jangan lah buat-buat tak nampak jerat dan perangkap yang memang sudah tersedia di depan mata,nak lari kemana lagi,rasa boleh lepas ke,jangan pandai tak bertempat pulak,sendiri tanggung lah.
Catat Ulasan