VVIP DENAI CINTA

12 Mac 2011

Isteriku, Maaf Tembikai Ini Tidak Manis

"Abang ni memang tak reti nak beli buah la, tembikai ni, tawar!!! Lain kali beli la yang manis... Asyik kena tipu jea dek mamat jual tembikai ni." Suami tersenyum, lalu berkata, "sayang, pada siapa sebenarnya sayang marah ni...? Marah pada abang kerana beli tembikai yang tak manis, dan marah juga kepada penjual tembikai yang kononnya menipu jual buah tak elok? Mana mungkin abang tahu rasa tembikai yang belum dibelah kulitnya ini, peniaga itu pun pastinya tidak mengetahui rasanya."

"Bahkan petani yang menanam tembikai ini juga tidak mempunyai kaedah tepat untuk menghasilkan tembikai yang semuanya manis. Sebagai petani, dia pastinya mahu hasil tanamannya adalah yang terbaik. Jadi amarahmu sayang kepada siapa...?"

"Tak lain amarahmu kepada Allah SWT yang menumbuhkan buah ini dan DIA mentakdirkan buah ini tawar dan tidak semanis tembikai yang pernah kaumakan sebelum ini. Layakkah dirimu untuk memarahi ALLAH SWT...?"

Buat renungan bersama, kadang-kadang kita tidak berfikir dan menginsafi diri sehinggakan tanpa sedar mengungkapkan marah kepada Allah SWT... Na'uzubillah...

DENAI CINTA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails