VVIP DENAI CINTA

25 November 2010

ZINA PENYEBAB UTAMA HIV-AIDS

Jangkitan HIV-AIDS melalui hubungan SEKS/ZINA. Apa penyelesaian yang diambil oleh kerajaan kita? Kerajaan bakal melaksanakan sukatan mata pelajaran mengenai Kesihatan Reproduktif dan Pendidikan Sosial di semua sekolah menengah pada tahun hadapan.

OH! PENDIDIKAN SOSIAL? Bagi yang non-MUSLIM mungkin sesuailah diberikan sukatan sedemikian. Tetapi mengapa tidak merangka untuk memperkukuhkan subjek-subjek agama dan mewujudkan persekitaran yang lebih ISLAMIK agar dapat dicegah perkara yang menyumbang ke arah zina/seks bebas...? TEPUK DADA, TANYA NAJIB DAN ROSMAH MANSOR... oopppsssss!!!


LEBIH RAMAI MENGHIDAP HIV MELALUI HUBUNGAN SEKS

KUALA LUMPUR, 24 Nov : Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie. Ini kerana kata beliau kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan.

Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan, katanya dalam ucapan pada pelancaran perbincangan meja bulat mengenai kedudukan Wabak HIV dan Aids di Malaysia di sini Rabu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara Datuk Aminah Abdul Rahman.

Menurutnya kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.

Menurut laporan Suruhanjaya mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi penggunaan dadah suntikan (IDU) dan mengadakan hubungan seks rambang, akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.

Sehubungan itu, sukatan mata pelajaran mengenai Kesihatan Reproduktif dan Pendidikan Sosial akan diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun hadapan, kata Heng.

"Sukatan mata pelajaran itu akan membolehkan remaja kita lebih melindungi diri mereka daripada gejala sosial seperti mengadakan hubungan seks haram dan memastikan mereka berpengetahuan dalam peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki, wanita, remaja lelaki dan remaja perempuan," katanya.

Perbincangan meja bulat itu yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Malaysia dihadiri 100 orang pegawai kanan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan menyediakan satu landasan bagi membincangkan pembangunan dan kemajuan wabak HIV di Malaysia.

2 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

semoga kita kaum wanita jaga maruah kita....

Rohaifi Azri berkata...

ramai yang bercinta, dan menukar-nukar cintanya tak ubah umpama menukar baju... setialah pada insan yang kaucinta.

Related Posts with Thumbnails