VVIP DENAI CINTA

10 November 2010

Sebanyak 32 Lubang, Lekukan Peluru Ditemui Pada Kereta Dipandu Aminulrasyid

SHAH ALAM, 9 Nov : Mahkamah Sesyen Selasa diberitahu bahawa sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada hari dia dikatakan ditembak mati oleh seorang anggota polis. Ketua unit senjatapi dan kesan alat dari Seksyen Criminalistic, bahagian forensik, Jabatan Kimia, Shaari Desa berkata kesemua kesan itu ditemui semasa beliau memeriksa kereta bernombor pendaftaran BET 5023, yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 5 Mei lepas.

Saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau juga menemui satu kesan tembakan dari arah belakang kereta yang menembusi bahagian tempat letak kepala kerusi pemandu. Beliau berkata kesan lubang peluru turut ditemui pada belakang kereta, ekzos dan bahagian tangki minyak.

Shaari berkata demikian pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata selain tembakan, turut ditemui pada kereta itu ialah kesan perlanggaran seperti kerosakan pada sisi kiri bahagian depan dan penjuru depan sebelah kiri. Ditanya mengenai kedudukan penembak dengan kereta yang dipandu mangsa, Shaari berkata yang pasti, individu tersebut bukan dalam keadaan merangkak atau meniarap.

Terdahulu, pada prosiding sebelah pagi, Shaari berkata beliau tidak dapat menganalisis satu serpihan peluru yang diterima dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi mengenal pasti senjata yang digunakan kerana ia telah rosak dan tidak sesuai untuk dibuat perbandingan.

Serpihan peluru itu dipercayai ditemui pada belakang kepala Aminulrasyid oleh pakar perunding kanan Jabatan Perubatan Forensik HTAR Dr Khairul Azman Ibrahim, yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa, yang disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung esok.


2 ulasan:

Nyibuk berkata...

melampau byk tuh 32 tembakan! mcm nk tembak 20 org!

Rohaifi Azri berkata...

PELURU FREE, senjata plak best, submesingan...!

Related Posts with Thumbnails