SHAH ALAM, 12 Julai : Bekas suami Datuk Sosilawati Lawiya Selasa memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada menghubungi seorang daripada empat tertuduh untuk bertanyakan mengapa bekas isterinya itu belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting pada 30 Ogos tahun lepas.
Buhari Mohamed, 62, berkata beliau menghubungi N Pathmanabhan pada 2 Sept 2010 bertanyakan mengapa Sosilawati masih belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting bersama-sama pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, untuk berjumpa Pathmanabhan yang merupakan seorang bekas peguam itu.
"Semasa hubungi Pathmanabhan saya perkenal diri sebagai 'Buhari Gudang Garam' dan tanya dia di mana Sosilawati hingga sekarang tidak balik. Saya cakap anak saya buat report dan dia (Pathmanabhan) terpaksa bertanggungjawab."
"Pathmanabhan jawab 'Sosilawati seorang yang baik... dia selalu berniaga dengan saya macam mana boleh hilang?" katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada hari ketujuh perbicaraan kes itu.
Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan dituduh membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Buhari, yang bekerja sendiri, berkata dalam perbualan telefon itu juga Pathmanabhan memberitahunya bahawa dia tidak berjumpa dengan Sosilawati pada 30 Ogos 2010. Ditanya Ishak bagaimana beliau mendapat nombor telefon bimbit Pathmanabhan, saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau memperolehnya semasa pertama kali bertemu dengan bekas peguam itu pada 2008.
Mengimbas mengenai kehilangan jutawan kosmetik itu, Buhari berkata beliau telah dihubungi oleh anaknya pada pagi 31 Ogos 2010 memaklumkan bahawa ibu mereka tidak balik ke rumah pada 30 Ogos 2010.
"Saya tanya emak pergi mana dia cakap emak pergi Banting untuk urusan jual beli tanah dengan peguam Pathma. Saya cakap kalau peguam Pathma saya pernah jumpa sekali dan saya tahu pejabatnya. Saya kemudian suruh anak saya datang ke tempat saya di Selayang untuk bersama-sama pergi ke Banting."
"Sementara itu saya cuba call Sosilawati dua, tiga kali tapi tidak dapat dan saya kemudian call Rita (Erni Dekritawati Yuliana, anak sulung Sosilawati), dia cakap dia ada di Shah Alam untuk pastikan kereta Noorhisham masih di sana dan dia cakap kereta masih ada di sana."
"Saya cakap ini bermakna mereka belum balik dan saya kemudian suruh Rita tunggu saya di depan Hospital Klang untuk bersama-sama ke Banting," katanya.
Ishak : "Seterusnya apa berlaku?"
Buhari : "Dari Klang kami ke Banting naik dua kereta dan cari pejabat Pathmanabhan, saya dah lupa alamat tapi yang saya ingat ia di jalan besar sebelah kanan menghala ke Morib. Saya pusing beberapa kali kira-kira tiga jam tapi tidak jumpa pejabatnya dan bila tanya orang, mereka pun tidak tahu."
Buhari, yang bercerai dengan Sosilawati pada 2006 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga, berkata selepas gagal mencari pejabat Pathmanabhan, mereka pulang semula ke Kuala Lumpur pada 5 petang untuk berbuka puasa dan beliau kemudian berbincang dengan anak-anaknya untuk membuat laporan polis pada malam itu.
Ishak : "Awak mempunyai nombor telefon Pathmanabhan kenapa tidak hubungi dia ketika cari pejabatnya di Banting?"
Buhari : "Semasa saya minta nombor telefon Pathmanabhan saya tulis atas salinan perjanjian jual beli tanah dan semasa cari pejabatnya di Banting saya tertinggal di pejabat kerana tergesa-gesa."
Ishak : "Awak beritahu mahkamah awak pertama kali jumpa Pathmanabhan pada 2008, di mana?"
Buhari : "Saya jumpa di pejabat guamannya di Banting sekitar Mac bersama-sama Sosilawati dan ketika itu Sosilawati minta saya baca satu perjanjian jual beli tanah di Pulau Pinang oleh Syarikat Southern Symphony (di mana Sosilawati adalah pengarah syarikat) sama ada betul atau tidak kerana dia tahu saya tahu sikit-sikit tentang perjanjian memandangkan saya pernah bekerja di bank kira-kira 15 tahun dan pernah menjadi pengurus bank kira-kira lapan tahun."
Saksi itu berkata dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan enam perkara berkenaan perjanjian jual beli tanah tersebut, antaranya maklumat mengenai penjual tanah tidak lengkap dan perjanjian itu bermasalah kerana masih terdapat kaveat bagi tanah itu.
Ishak : "Apa reaksi Sosilawati bila awak utarakan masalah itu?"
Buhari : "Pathmanabhan kata dia adalah peguam yang lama serta berpengalaman dan masalah itu dia boleh selesaikan. Sosilawati tidak komen cuma saya kesal dia bawa saya selepas perjanjian itu sudah ditandatangani dan 10 peratus (deposit) sudah dibayar kepada Pathmanabhan, jadi saya tidak boleh buat apa-apa."
Ishak : "Bagaimana suasana perbincangan ketika itu?"
Buhari : "Agak hangat sikit sebab saya banyak komen tentang perjanjian itu dan sebab dia (Pathmanabhan) kata dia peguam dan dia lebih faham."
Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili Pathmanabhan, sama ada beliau bersetuju bahawa Southern Symphony ialah syarikat bernilai RM2, saksi itu menjawab : "Setuju atau boleh jadi setuju."
Manjeet Singh : "Awak tahu atau tidak status kewangan dan kedudukan syarikat-syarikat milik Sosilawati pada Ogos 2010."
Buhari : "Tahu sikit-sikit. Menurut anak saya, Sosilawati mempunyai RM40 juta di bawah namanya dan tidak diisytihar dalam akaun syarikat.." - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan