SHAH ALAM : Penahanan empat orang termasuk tiga lelaki yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting tahun lalu, bertitik tolak daripada siasatan berhubung satu kes pembunuhan lain di Gombak.
Pegawai Staf D9 Unit Siasatan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Denis Leong Sung Kuai, 49, berkata, pasukannya mengunjungi ladang itu pada 3 petang, 9 September tahun lalu dan menahan T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, serta U Suresh, 27. Beliau berkata, pada peringkat awal, tangkapan itu dibuat berhubung kes bunuh di Gombak.
"Apabila saya pergi ke ladang itu pada 9 September, saya sebenarnya turut menjalankan siasatan serentak dengan satu kes bunuh di Gombak. Pada masa sama, kami juga menyiasat kehilangan Sosilawati di ladang itu," katanya ketika menjawab pemeriksaan balas oleh peguam bela Manjeet Singh Dhillon.
Denis berkata, dia tidak ada memberikan butiran mengenai kes kehilangan Sosilawati dalam laporan polis berhubung penahanan Thilaiyagan, Matan dan Khatavarayan serta Suresh. "Apabila saya lihat dalam kawasan ladang, saya tidak melihat sebarang kaitan (empat lelaki ditahan) dengan kehilangan Sosilawati dan tiga individu itu. Oleh sebab itu, saya tidak boleh tulis dalam laporan saya," katanya.
Saksi pendakwaan ke-27 itu memberi keterangan pada hari kelapan perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Tiga pekerja ladang, Thilaiyagan, Matan dan Khatavarayan bersama-sama majikan mereka yang juga bekas peguam, N Pathmanabhan, 42, didakwa membunuh semua mangsa di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.
Rakan mereka, Suresh dan K Sarawanan, 20, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan apabila membakar dan membuang abu mangsa.
Terdahulu, pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Denis berkata, pasukannya disertai 10 anggota bertolak ke Ladang Gadong pada jam 3 petang, 9 September tahun lalu, sebelum menahan Thilaiyagan, Matan, Khatavarayan dan Suresh.
ISHAK : Siapa yang ada ketika kamu tiba di ladang itu?
DENIS : Dua perempuan, seorang Indonesia dan seorang Filipina, (dan) dua wanita India. Seorang lelaki dewasa India dan dua atau tiga budak lelaki.
ISHAK : Adakah wanita Indonesia dan Filipina itu ditahan?
DENIS : Ya. Mereka ditahan anggota saya, yang lain tidak ditangkap.
ISHAK : Bagaimana kamu memasuki ladang itu?
DENIS : Ketika kami tiba, pintu pagar ladang itu berkunci. Kami melihat banyak anjing berkeliaran. Kami menjerit apabila melihat ada orang dan tertuduh keempat (Khatavarayan) kemudian datang dan membuka pintu pagar automatik itu. Kami masuk selepas memastikan semua anjing dimasukkan ke dalam sangkar.
ISHAK : Bagaimana dengan orang lain dalam ladang itu?
DENIS : Mereka berada di rumah pekerja di bahagian belakang kawasan ladang itu.
Menurutnya, Thilaiyagan, Matan, Khatavarayan dan Suresh digari dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Banting, manakala dua wanita warga asing itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah undang-undang imigresen. Beliau berkata, dia merampas dua telefon bimbit daripada Suresh. "Kami tinggalkan ladang itu pada jam 6.45 petang," katanya.
Denis berkata, tangkapan dibuat terhadap seorang lagi individu iaitu V Selvapandian, 46, dan merampas jam tangan Longiness berwarna perak metalik di rumah lelaki itu di nombor 23, Taman Damai, Simpang Morib, Banting, pada jam 11 pagi, 11 September 2010.
Beliau berkata, Sarawanan (yang sudah mengaku salah melupuskan bahan bukti) pula ditahan dan telefon bimbitnya dirampas di Paya Jaras, dekat Sungai Buloh, pada jam 2.10 pagi keesokan harinya. "Saya bertanyakan kepada Selvapandian sama ada dia ada menerima jam tangan dan dia kata ada, ...daripada Suresh," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung hari inI. - HARIAN METRO

Tiada ulasan:
Catat Ulasan