Aku bukan sukakan jenayah apatah lagi menyokong perlakuan menjurus kepada jenayah. Namun apa yang dilakukan remaja ini yang dituduh mencederakan sepasang kekasih selepas ibunya yang merupakan seorang guru agama diejek 'adalah sesuatu yang berbeza' (pada pandangan aku). Kejadian berpunca apabila tertuduh tidak dapat menahan diri selepas ibunya dikutuk kerana menegur pasangan terbabit yang dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam lif.
Jika remaja ini dituduh dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan. Bagaimana pula dengan pasangan kekasih berkenaan yang berkelakuan tidak senonoh.....? INILAH PELIK DAN JELIKNYA APABILA UNDANG-UNDANG ISLAM 'MELUKUT' DI NEGARA YANG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMINYA... alahai...~
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan lif blok 90, tingkat 19, Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar, dekat sini. Difahamkan kejadian berpunca apabila tertuduh tidak dapat menahan diri selepas ibunya dikutuk kerana menegur pasangan terbabit yang dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam lif.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili oleh peguam Mohd Khairul Amin dibenarkan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes. - mStar Online
Jika remaja ini dituduh dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan. Bagaimana pula dengan pasangan kekasih berkenaan yang berkelakuan tidak senonoh.....? INILAH PELIK DAN JELIKNYA APABILA UNDANG-UNDANG ISLAM 'MELUKUT' DI NEGARA YANG MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMINYA... alahai...~
Remaja Didakwa Cederakan Pasangan Kekasih
KUALA LUMPUR : Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencederakan sepasang kekasih selepas ibunya yang merupakan seorang guru agama diejek. Nurnaim Kassim, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukannya ke atas Muhammad Shahrizal Zainal Azman, 23, dan Farhana Ramli, 21, pada pukul 11.30 malam, 30 Oktober 2009.Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan lif blok 90, tingkat 19, Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar, dekat sini. Difahamkan kejadian berpunca apabila tertuduh tidak dapat menahan diri selepas ibunya dikutuk kerana menegur pasangan terbabit yang dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam lif.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili oleh peguam Mohd Khairul Amin dibenarkan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes. - mStar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan