VVIP DENAI CINTA

26 Julai 2011

Bir Halal Dikeluarkan Syarikat Tak Halal Nak Mohon Sijil Halal?

Bir Halal Dikeluarkan 'Syarikat Tak Halal' Nak Mohon Sijil Halal?

Aku sebelum ni dok tertanya-tanya jugak, apekejadah sebenarnye BIR HALAL ni...? Dan hari ni baru agak jelas, rupa-rupanya minuman tenaga seperti MALTA dalam gambar ni antara minuman dalam kategori 'Bir Halal'. Malta sendiri merupakan minuman yang agak popular bahkan umat Islam di Malaysia ni aku tengok ramai yang tanpa was-was menikmatinya.

Kalau betul sekalipun nak menikmati 'bir halal', tengok-tengok le jugak kilang yang pengeluarnya. Untuk korang yang bantai minum je Malta, ni aku nak bagitau yang Malta ni dikeluarkan oleh syarikat pembuat ARAK Guinness Anchor Berhad. Kilang yang mengeluarkan arak jenama seperti Tiger, Guinness, Heineken dan Anchor. Maklumat lanjut, KLIK : Guinness Anchor Berhad.

Apa yang aku ralat sangat, minuman ni dikilangkan di kilang yang turut keluarkan produk minuman keras. Ramai org Islam yang beli produk MALTA. Agak-agaknya apakah kita akan membeli daging lembu 'HALAL' yang dijual pengeluar daging yang turut menjual daging khinzir di bawah satu premis.....!!!

Memang aku bersetuju dengan saranan serta nasihat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia agar pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal. Tapi kenapa Jawatankuasa Fatwa ni langsung tak nak menasihati pengguna Muslim agar tidak membeli minuman sebegini dari kilang yang turut menjadikan arak sebagai keluaran utamanya.....???!!! Kenapa? Takut kena saman dengan tokeh arak ke?

Dan wajar juga sebenarnya untuk pengeluar Muslim sendiri mengeluarkan produk minuman sebegini kerana ia lebih menjamin kesucian serta keHALALan produk yang dikeluarkan. Wallahu a'lam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Nasihat Pengeluar 'Bir Halal' Dapatkan Sijil Halal KUALA LUMPUR, 25 Julai : Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menasihatkan pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri (MAIN).

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam selepas muzakarah jawatankuasa itu pada 16 dan 18 Jun lepas memutuskan minuman tersebut diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak.

"Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar yang sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan," katanya kepada pemberita, di sini hari Isnin.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2011 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lepas, susulan laporan akhbar mengenai penjualan minuman berkenaan yang semakin popular pada kalangan umat Islam di negara ini. - BERNAMA

1 ulasan:

Unknown berkata...

2 la..kawan2 ana byk minum ni..ana setuju dgn anta..tp berapa ramai paham bnda ni

Related Posts with Thumbnails