VVIP DENAI CINTA

02 Jun 2010

SALAM UKHWAH & PERGINYA BONDA TERCINTA

Salam ukhwah, salam persahabatan, salam penuh ingatan dan kasih sayang. Semoga kita semua terus hidup dalam kesihatan serta kesejahteraan di bawah lembayung rahmat jua kasihNYA. Dan semoga nikmat Islam itu akan kita kecapi sehingga ke hujung nafas terakhir kita.

Seminggu dua ini saya agak sibuk dan kurang berkesempatan untuk menulis mahupun men'copy-paste' artikel ke blog ini. Mungkin pemergian bonda tercinta pada petang 20.05.2010 yang lalu sedikit menggugat emosi dan membataskan aktiviti seharian, terkesan dengan pemergian insan yang amat disayangi. Buat sahabat yang masih memiliki ibu, hargailah mereka selagi hayat mereka masih dikandung badan...

Suka saya coretkan sabdaan baginda Rasulullah saw, dalam hadisnya yang bermaksud : "Tidaklah seorang anak memandang wajah orang tuanya dengan penuh kasih sayang kecuali Allah swt memberikan ganjaran kepadanya seperti orang yang mengerjakan ibadah haji mabrur."

Allah swt menyayangi anak yang berbakti kepada ibunya

Abdullah bin Mas'ud berkata : "Aku bertanya kepada Nabi Muhammad saw perbuatan manakah yang Allah sukai. Nabi menjawab, 'Solatlah tepat pada waktunya'. Aku bertanya lagi, "kemudian apa lagi ya Rasul?" Nabi menjawab, 'Berbaktilah kepada orang tuamu'. Aku terus bertanya, "kemudian apa lagi?" Nabi menjawab, 'Berjuanglah demi menegakkan agama Allah'." [Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim]

Dari hadis di atas, kita dapat melihat dan mengetahui mengenai 3 perbuatan yang disukai oleh Allah swt :
[01] Solat tepat pada waktunya
[02] Berbakti kepada ibubapa
[03] Berjuang pada jalan Allah

...................................................
"Semoga mak tenang di sana, semoga rahmat kasih sayangNYA untuk mak. Sentiasa kami doakan agar mak ditempatkan Allah swt di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh..." -al Fatihah-

Hajjah Azizah Binti A Dolah
18.03.1952 - 20.05.2010

3 ulasan:

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

assalamualaikum wbt

takziah ats pmergian bonda tercinta..moga2 arwah dtemptkan dklngan mereka yg soleh solehah dan dirahmatiNYA...

syukran ingtkn ttg kta dtuntut untk brbkti pd ibu bpa...doa dr ank yg soleh slehh adlh bekal mereka(ibubpa) slain drpda aml jariah dan sdkh yg bermnfaat...

Rohaifi Azri berkata...

Waalaikummussalam wbt...
Thanks NISA... Sememangnya doa anak yg soleh dan solehahlah mjadi bekal buat ibubapa kita DI SANA...

Tanpa Nama berkata...

Salam....
tkziah ats pmergian ibu saudara....
smOga arwah b'sama org2 yg biman n tenang di sana....
patOtla lma x updte blOg....
smOga tabah n sabar hadapi ujian ni....

Related Posts with Thumbnails