HEBAT! Apa yang menimpa ADI SAIFUL ini penuh dengan pengajaran untuk kita renungkan bersama...
MARANG, 8 Februari : Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira sembilan bulan lalu kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat Ahad lalu. Dek kerana tidak pandai membaca dan bersikap lurus bendul, menyebabkan Adi Saiful Che Kor, 28, gagal menghubungi keluarganya sejak Jun tahun lalu sehingga dikatakan telah meninggal dunia. Sepanjang tempoh itu Adi Saiful rupa-rupanya bekerja di Singapura.
Pelbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarganya kerana yakin Adi Saiful masih hidup termasuk meminta bantuan media untuk menjejakinya November lalu. Adi Saiful ketika ditemui berkata dia tidak berniat untuk membuat seluruh anggota keluarga bimbang dengan keadaannya bagaimanapun beliau gagal untuk menghubungi keluarganya di kampung bagi memaklumkan keadaan sebenar.
Katanya dia pada mulanya bekerja di Kuantan sebagai pengawal keselamatan namun kerana ingin mencari kerja yang lebih terjamin dia menghubungi seorang ejen di Johor Baharu sebelum ditawarkan bekerja di negara jiran itu.
"Saya memang ada niat nak telefon keluarga selepas sampai di sana (Singapura) tapi saya tak boleh nak telefon kat sana. Saya hendak hantar surat ke kampung untuk memberitahu saya selamat berada di Singapura namun saya tak reti," katanya yang tidak pandai membaca dan menulis itu ketika ditemui di Kampung Bukit Sawa di sini, Rabu.
Adi Saiful berkata di Singapura dia bekerja di sebuah kedai dobi dan diberikan gaji bulanan sebanyak RM2,800 namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama. "Saya balik ke sini (Ahad lalu) sebab majikan saya beri cuti dua minggu," katanya.
Sementara itu ibunya, Azizah Khalid, 49, berkata pada mulanya dia ingin memukul anaknya itu yang tiba-tiba muncul di rumahnya kira-kira pukul 8 pagi Ahad lalu kerana geram. "Saya rasa lega tapi tetap rasa geram sebab pada mulanya kami ingat dia kena khianat tapi rupa-rupanya dia pergi Singapura tanpa pengetahuan kami," katanya.
Azizah berkata dia tidak sangka anaknya itu boleh pergi sejauh itu seorang diri bekerja di sana tetapi dia sangat kesal Adi Saiful gagal menghubungi keluarga sehingga menyebabkan mereka risau. "Selain buat laporan polis saya juga pergi jumpa beberapa orang bomoh yang mengatakan dia dah meninggal," katanya.
Pada 18 Nov lepas Bernama menyiarkan kerisauan keluarga Adi Saiful apabila lelaki itu hilang selepas kali terakhir menghubungi keluarga ketika menonton perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun tahun lalu. - BERNAMA
- Seorang pemuda yang buta huruf dan lurus bendul boleh pergi sehingga ke Singapura untuk bekerja. SEDANGKAN kita yang pandai membaca, menulis dan ada yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris tapi tidak berani untuk keluar mencari rezeki.
- Mula dilaporkan hilang sejak JUN tahun lalu ketika menyaksikan pasukan kelahirannya TERENGGANU bertemu KELANTAN dalam perlawanan bolasepak Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Errrr.... Keluarga yang memiliki anak sebegini, sewajarnya lebih berhati-hati dan tidak membiarkan mereka tanpa pengawasan sewajarnya.
- Mencari rezeki di kota Singa dengan pendapatan bulanan RM2,800.00.. HEBAT! Hendak 1000 daya, tak hendak maka 1000 lah dalihnya.
- Dan pengajarannya juga buat kita agar JANGAN MEMPERCAYAI BOMOH! Bomoh yang ditemui keluar Adi Saiful kononnya mengatakan pemuda ini telah meninggal dunia. So, femli Adi Saiful, pi claim balik duit yang bayar kat bomoh-bomoh penipu tu...! :)
MARANG, 8 Februari : Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira sembilan bulan lalu kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat Ahad lalu. Dek kerana tidak pandai membaca dan bersikap lurus bendul, menyebabkan Adi Saiful Che Kor, 28, gagal menghubungi keluarganya sejak Jun tahun lalu sehingga dikatakan telah meninggal dunia. Sepanjang tempoh itu Adi Saiful rupa-rupanya bekerja di Singapura.
Pelbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarganya kerana yakin Adi Saiful masih hidup termasuk meminta bantuan media untuk menjejakinya November lalu. Adi Saiful ketika ditemui berkata dia tidak berniat untuk membuat seluruh anggota keluarga bimbang dengan keadaannya bagaimanapun beliau gagal untuk menghubungi keluarganya di kampung bagi memaklumkan keadaan sebenar.
Katanya dia pada mulanya bekerja di Kuantan sebagai pengawal keselamatan namun kerana ingin mencari kerja yang lebih terjamin dia menghubungi seorang ejen di Johor Baharu sebelum ditawarkan bekerja di negara jiran itu.
"Saya memang ada niat nak telefon keluarga selepas sampai di sana (Singapura) tapi saya tak boleh nak telefon kat sana. Saya hendak hantar surat ke kampung untuk memberitahu saya selamat berada di Singapura namun saya tak reti," katanya yang tidak pandai membaca dan menulis itu ketika ditemui di Kampung Bukit Sawa di sini, Rabu.
Adi Saiful berkata di Singapura dia bekerja di sebuah kedai dobi dan diberikan gaji bulanan sebanyak RM2,800 namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama. "Saya balik ke sini (Ahad lalu) sebab majikan saya beri cuti dua minggu," katanya.
Sementara itu ibunya, Azizah Khalid, 49, berkata pada mulanya dia ingin memukul anaknya itu yang tiba-tiba muncul di rumahnya kira-kira pukul 8 pagi Ahad lalu kerana geram. "Saya rasa lega tapi tetap rasa geram sebab pada mulanya kami ingat dia kena khianat tapi rupa-rupanya dia pergi Singapura tanpa pengetahuan kami," katanya.
Azizah berkata dia tidak sangka anaknya itu boleh pergi sejauh itu seorang diri bekerja di sana tetapi dia sangat kesal Adi Saiful gagal menghubungi keluarga sehingga menyebabkan mereka risau. "Selain buat laporan polis saya juga pergi jumpa beberapa orang bomoh yang mengatakan dia dah meninggal," katanya.
Pada 18 Nov lepas Bernama menyiarkan kerisauan keluarga Adi Saiful apabila lelaki itu hilang selepas kali terakhir menghubungi keluarga ketika menonton perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun tahun lalu. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan