KUALA LUMPUR, 22 Sept : Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja. "Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.
VVIP DENAI CINTA
Memaparkan catatan dengan label dunia hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia hiburan. Papar semua catatan
22 September 2011
04 Julai 2011
Sukar Menjadi Mukmin Sejati Dalam Dunia Artis - Azmil Mustafa
PETALING JAYA : Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan. "Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan."
19 Jun 2011
AL FATIHAH : Zami Ismail Atau Pak Uda Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Jun : Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan 'Pak Uda' dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN). Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung. Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
19 April 2011
ASTRO KENA BAYAR AHMAD DHANI
KINI semua peminat Akademi Fantasia sudah tahu Amy Search yang akhirnya menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia (AF) musim terakhir, iaitu musim kesembilan. Selepas pelbagai cerita timbul berkaitan isu kerusi hangat AF9 itu, vokalis Search itu muncul insan terpilih untuk mengetuai akademi.
13 April 2011
BAPA FRANCISCA - PETER MATINYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Salam takziah dan bersama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, bapa kepada penyanyi Francisca Peters yang ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun Isnin malam.
Hidayah Allah tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah, arwah meninggalkan alam yang fana ini sebagai seorang Muslim. Pegawai Agama daerah mengesahkan Muhammad Gaberial memeluk Islam sejak tahun 2007 (diusianya 74 tahun). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkanNYA di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. - wallahu a'lam.
BAPA FRANCISCA PETER DITEMUI MATI DI RUMAH SEWA
KUALA TERENGGANU, 12 April [BERNAMA] : Bapa penyanyi popular sekitar era 80-an Francisca Peters, ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun Isnin malam. Mayat Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, ditemui dalam keadaan tertiarap dalam rumah sewanya itu oleh seorang rakan anaknya pada pukul 10.30 malam.
Hidayah Allah tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah, arwah meninggalkan alam yang fana ini sebagai seorang Muslim. Pegawai Agama daerah mengesahkan Muhammad Gaberial memeluk Islam sejak tahun 2007 (diusianya 74 tahun). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkanNYA di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. - wallahu a'lam.
BAPA FRANCISCA PETER DITEMUI MATI DI RUMAH SEWA
KUALA TERENGGANU, 12 April [BERNAMA] : Bapa penyanyi popular sekitar era 80-an Francisca Peters, ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun Isnin malam. Mayat Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, ditemui dalam keadaan tertiarap dalam rumah sewanya itu oleh seorang rakan anaknya pada pukul 10.30 malam.
19 Februari 2011
Sultan Kedah Rasmi Masjid Al-Khalidiah Yang Dibiayai Siti Nurhaliza Dan Suaminya Datuk Seri Khalid
SUNGAI PETANI, 19 Feb : Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Sabtu merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu dekat sini yang pembinaannya dibiayai oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
25 Januari 2011
JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA, KENAPA DIA TIDAK MEMILIH MALAYSIA...?
mStar Online
SINGAPURA : Bintang filem Hong Kong, Jet Li (gambar) secara terbuka mengisytiharkan, Selasa, yang beliau telah pun memperoleh kerakyatan Singapura kerana mahu anak-anaknya memperoleh pendidikan dwi-bahasa di negara ini.
Li - yang filem-filem lakonannya termasuklah filem Hollywood seperti "The Expendables" dan "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" berkata, keputusannya untuk menukar kerakyatan itu turut dipengaruhi oleh suasana 'aman' di Singapura yang bebas daripada di hendap paparazzi. "Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.
06 Januari 2011
KONSERT WALI BAND @KOTA BHARU 31.12.2010 - (02)







01 Januari 2011
KONSERT WALI BAND @KOTA BHARU 31.12.2010
WALI BAND telah mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.05 Disember 2010
Allahyarham Yasmin Ahmad Lakar Sejarah Negara Gondol Pengarah Terbaik Di FFAP
TAIPEI, 5 Dis : Allahyarham Yasmin Ahmad melakar sejarah negara apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem terakhir arahannya "Mualaf" di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-54 di sini Sabtu malam. Ketua Delegasi Malaysia ke festival itu, merangkap Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia Ahmad Puad Onah berkata anugerah itu merupakan julung kalinya dimenangi Malaysia sejak festival itu diperkenalkan.
30 September 2010
Lagu Tema Upin Ipin Bawa Pesan Persahabatan Malaysia-Indonesia

JAKARTA, 29 Sept [Bernama] : Padi, sebuah kumpulan muzik sedang meningkat di Indonesia Rabu melancarkan album single dengan lagu berjudul 'Sahabat Selamanya' untuk lagu tema siri kartun Malaysia 'Upin Ipin', yang membawa pesan persabahatan Malaysia-Indonesia. Penghormatan yang diberikan oleh produser kartun Upin Ipin itu kepada kumpulan muzik itu, sekaligus menjadi daya usaha diplomasi budaya dua negara bersahabat, di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia sejak pertengahan Ogos lalu.
17 September 2010
M. RAJOLI KEMBALI KERAHMATULLAH - AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH
PETALING JAYA [mStar Online] : Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat, di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.Allahyarham di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
M. RAJOLI BERADA DALAM KEADAAN NAZAK
PETALING JAYA [mStar Online] : Pelakon veteran M. Rajoli, 65, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang Indah, Ampang selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Menurut anak sulungnya, Siti Zaleha, 34, yang dihubungi mStar Online, kira-kira pada pukul 8 malam Jumaat, ayahnya dimasukkan ke hospital itu selepas mereka mendapati keadaannya semakin uzur.Pada waktu ini, M. Rajoli berada dalam keadaan nazak dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke hospital petang Khamis.
"Ayah dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Khamis) selepas kami mendapati dia tidak dapat membuka mata dan tidak boleh bergerak. Pada waktu ini, apa yang boleh saya katakan memang keadaan ayah tenat dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan kerana dia tidak boleh bernafas secara normal lagi," katanya.
19 April 2010
BELASUNGKAWA : ACHIK SPIN [1982 - 2010]

ACHIK PERGI KETIKA LIGAT
PROMOSI KERJAYA SENI
PROMOSI KERJAYA SENI
"D, dah tak ada... Tasha macam mana?" begitulah rintihan pilu isteri penyanyi utama kumpulan Spin, HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, apabila mendapat tahu suaminya, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari maut dalam kemalangan di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang - Seremban (Lekas) di Mantin, Sabtu lalu.
Begitu hebat dugaan wanita bernama Tasha ini. Baru kehilangan cahaya mata sulungnya, Puteri Rania yang ketika itu berusia dua bulan, kira-kira tiga tahun yang lalu, Tasha yang hanya bergelar suri rumah tangga diduga sekali lagi apabila kehilangan insan yang amat dekat dan akrab dengannya serta menjadi tempatnya bergantung.
Terlalu singkat kemanisan yang dipinjamkan-Nya. Mereka hanya sempat berkongsi hidup selama lima tahun, kini tanggungjawab membesarkan dua puteri mereka Putri Nursafiyaa, 2 tahun dan Putri Nursumayya, 11 bulan, tergalas di bahu Tasha seorang.
18 April 2010
PERGI SELAMANYA : ACHIK SPIN - AL FATIHAH
ACHIK SPIN MENINGGAL KEMALANGAN
SEREMBAN : Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.
Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
FOTO TOYOTA ESTIMA ACHIK SPIN YANG HANGUS
Lebuhraya Lekas
Kajang -Seremban
berhampiran susur Pajam-Nilai
17 April, 2010
Beginilah keadaan kenderaan Toyota Estima
Achik Spin yang hangus sama-sekali setelah terbabas.
Achik Spin yang hangus sama-sekali setelah terbabas.
ACHIK SPIN MAUT KEMALANGAN

Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV)yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali
sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri
di KM 14, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA
SEREMBAN, 17 April : Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.
Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.
06 April 2010
PENCURI PECAH MASUK RUMAH ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI
SAMPAI HATI MEREKA BUAT BEGINI
KUALA LUMPUR : "Sampai hati mereka meragut kenangan yang ditinggalkan arwah kepada anak-anak. Pasti Allah akan membalas perbuatan dilakukan mereka," kata balu Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man, 42, berhubung tindakan sekumpulan pencuri memecah masuk rumahnya, malam kelmarin.
03 April 2010
'ASTRO HENTI PROGRAM 3 HARI' SEBAGAI TANDA MENGHORMATI PEMERGIAN ALLAHYARHAM MIOR (DIN BERAMBOI)
KUALA LUMPUR : Astro menghentikan sementara siaran program menampilkan Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, selama tiga hari berturut-turut mulai semalam sebagai menghormati permintaan keluarganya.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah, berkata slot itu digantikan dengan kapsul khas bagi mengenang pembabitan Din dalam bidang seni. Kematian Din satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air kerana kepelbagaian bakat dimilikinya, katanya ketika ditemui selepas pengebumian Din di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong di sini, pagi semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
♥ Tajuk ♥ Pilihan ♥
18SX
(1)
ADUAN RAKYAT
(7)
aku dan diriku
(7)
AMINULRASYID
(58)
automotif
(2)
BENCANA ALAM
(7)
BERSIH
(19)
BISNES
(3)
BUNUH DIRI
(1)
cinta
(5)
COVID-19
(1)
DOA PENENANG JIWA
(1)
dunia hiburan
(26)
Dunia Islam
(1)
FILEM
(2)
GLOBAL
(1)
iklan
(8)
imigran
(1)
ISU MASYARAKAT
(47)
JALAN JALAN CARI MAKAN
(13)
jom bodohi rakyat
(2)
Justice For Baharudin Ahmad [Wira Bersih 2.0]
(5)
JUVANA
(11)
kebajikan
(3)
kekeluargaan
(8)
kelaku jahat pemimpin negara
(1)
KELANTAN
(34)
kemalangan
(8)
KES SAMAN
(2)
kesihatan
(17)
kesihatan INFOpemakanan
(5)
KISAH TELADAN
(16)
KOMIK
(7)
KOMUNITI
(1)
lirik
(5)
mahkamah
(5)
makluman
(8)
MASALAH SOSIAL
(48)
MISTIK
(1)
MOTIVASI
(4)
mutiara kata tok guru
(6)
negaraku
(44)
NUKLEAR
(1)
PALESTIN
(3)
PDRM
(28)
PENDIDIKAN
(5)
PENGGUNA
(47)
pentas teater
(2)
PERGI SELAMANYA
(32)
PIHAK BERKUASA
(24)
Politik BERSIH
(1)
RAFIQIN DARWISY
(8)
renungan
(61)
RESIPI
(2)
rona jiwa
(4)
ROYALTI PETROLEUM
(2)
RUANGAN AGAMA
(29)
SANTAI
(19)
SEJARAH NEGARA
(2)
SENI BUDAYA
(4)
SOSILAWATI
(221)
sudut dakwah
(3)
TABUNG
(1)
TOKOH PERNIAGAAN
(3)
unsung heroes
(3)
video
(10)














