KUALA TERENGGANU, 29 Julai : Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.Mohd Ashraf dalam permohonannya juga telah meminta agar namanya pada surat beranak, MyKad, lesen memandu, bank akaun dan juga diploma yang diperolehinya ditukarkan kepada Aleesha Farhana Abd Aziz. Bagaimanapun Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, di dalam penghakimannya berhujah tidak wujud statut yang sah untuk membenarkan permohonan Mohd Ashraf hanya bersandarkan semata-mata kepada pembedahan pertukaran jantina. mStar OnlineBapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi. "Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'," katanya. Beliau berkata anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

