VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label RUANGAN AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUANGAN AGAMA. Papar semua catatan

26 Ogos 2012

HUDUD Terbukti Mampu Selesai Jenayah Di Saudi

24 Ogs 2012
 
Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

15 Julai 2012

10 Amalan TERBALIK Yang Tidak Disedari

http://mencariygbenar.blogspot.com
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal :

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah  SAW telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

13 April 2012

Dosa Yang Lebih DAHSYAT Daripada Dosa BERZINA!


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Tudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah merobek hidupnya.

17 Februari 2012

BOLEHKAH MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA?

Jika orang bukan islam menjemput kita ke majlis perkahwinannya yang dibuat di gereja, bolehkah kita menghadirinya?

04 November 2011

Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah


Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH 'Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim. Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga." (HR al-Bukhari & Muslim)

10 Oktober 2011

ISTERI CALON NERAKA

  • Tidak suka mengerjakan solat
  • Suka bercakap bohong kepada suami
  • Suka berhias untuk selain suaminya
  • Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh suami
  • Tidak menghormati suami
  • Suka mencari musuh
  • Sombong
  • Tidak takut kepada Allah sedikit pun
  • Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
  • Tidak mahu minta maaf kepada suami
  • Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
  • Degil dan keras kepala
  • Merasakan diri lebih baik dari orang lain
  • Suka berpoya-poya
  • Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
  • Suka memandang rendah kepada orang lain
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda : "Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita."

Para sahabat bertanya : "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Baginda ditanya, "Apakah mereka kufur terhadap Allah?" Baginda bersabda : "Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu."

Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita di dalam neraka Allah…

Disalin-tampal dari Facebook Ustaz Azhar Idrus
Rujuk artikel berkaitan.....
WANITA LEBIH RAMAI DI NERAKA : hindari tabiat ini!!!

14 Ogos 2011

Larangan Guna Pembesar Suara Baca Al-Quran

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut :

13 Julai 2011

Haram Makan & Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

PETALING JAYA : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram. Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

"Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

14 Mei 2011

Perkahwinan Dan Indahnya Hidup Bermadu



Ustaz Azhar Idrus mengulas perihal individu yang tak berkahwin, juga menyentuh soal bermadu (poligami). Bersama kita 'celikkan' hati, menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt dan memanfaatkan kemanisan dalam bermadu. Usah terus hati dibutakan oleh fahaman sekular yang menolak hukum Islam yang Maha Indah.

09 Mei 2011

Baca & Fahami : HUKUM ISLAM LEBIH KEPADA MENDIDIK

SHAH ALAM, 7 Mei : Undang-undang Islam sebenar yang dilaksanakan bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi didikan kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara inilah yang menjadi perbezaan ketara antara hukum tersebut dengan undang-undang ciptaan manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, di dalam hukum Islam, hakim seboleh mungkin berusaha untuk membebaskan pesalah daripada menghukumnya. Inilah, ujarnya, keindahan hukum Islam yang mula-mula dilaksanakan di zaman Nabi Muhammad di masa manusia di seluruh dunia ketika itu tercari-cari model perundangan.

31 Mac 2011

DR. ASRI : Poco-Poco HARUS, Bukan HARAM

BEKAS MUFTI PERLIS Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram. Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

06 Februari 2011

IBUKU BOMOH TAK ORI

Metro 06 Februari 2011 (Gambar : Sekadar Hiasan)
Anda Musykil Dr. Mashitah Jawab
IBU TIPU JADI BOMOH UNTUK CARI REZEKI
SOALAN :
Ibu saya menipu sebagai bomoh. Sebagai anak, saya pernah menasihatinya supaya bertaubat dan berhenti menipu orang, malangnya saya pula dikata anak derhaka. Sejak itu kami adik-beradik tidak berani menasihatinya kerana bimbang akan mengeruhkan hubungan.

Kegiatan ibu bermula 30 tahun lalu dan ia semakin teruk. Saya tahu ibu mempunyai wang simpanan yang banyak hasil kegiatannya tetapi sering berkelakuan seperti kais pagi makan pagi dan selalu mengharapkan duit daripada anak. Selain itu ibu suka melaga-lagakan kami adik-beradik hinggalah kami tidak sehaluan. || Faizah, Seremban, Negeri 9 ||

04 Januari 2011

PERTANDINGAN MEMANCING ADALAH PERJUDIAN

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan berdosa besar, demikian menurut bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

PERTANDINGAN JORAN BANYAK BERASASKAN JUDI
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin @DRMAZA.COM
Setelah diteliti didapati kebanyakan pertandingan joran yang sekarang begitu meluas dalam negara ini berasaskan ‘judi’ atau qimar. Malangnya, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian ini begitu telah membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain. Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu disebutkan ;

17 Disember 2010

PLURALISME : Masalah Metodologi, Bukan Niat

Shah al-Maududy, Dis 17 2010 MALAYSIAKINI
Akhir-akhir ini, terdapat ahli akademik cenderung melabel tokoh-tokoh tertentu, sebagai cenderung atau menyokong fahaman pluralisme agama. Ada tokoh dilabelkan sedemikian, kerana menghadiri satu 'majlis rasmi' kuil Buddha di Kelantan. Seorang lagi tokoh dikaitkan dengan pluralisme, antaranya disebabkan sikapnya yang konsisten membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

19 Oktober 2010

TEKAD BERSAMA MELAKSANA HUDUDULLAH

Firman Allah SWT, Surah An-Nur : 1,

Bermaksud : Ini ialah satu 'surah' yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan.

08 Oktober 2010

CINTA HAKIKI : 'INGAT ALLAH' Hiburan Golongan Beriman

MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah.

Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling. Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.

23 September 2010

LARANGAN MENGHINA SESAMA MANUSIA



Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah
"Larangan menghina sesama manusia"

Sidang jumaat yang berbahagia,
Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah untuk selama-lamanya. Firman Allah taala dalam surah Al-Imran ayat 85

Maksudnya : "Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi."

12 September 2010

GANJARAN BESAR PUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Artikel ini disalin-tampal dari Harian Metro
Bagi sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka. Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

01 September 2010

MENANTI MALAM AGUNG

Malam Lailatul Qadar adalah malam penuh keistimewaan yang hanya berlaku pada Ramadan setiap tahun. Pada malam tersebut Allah menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, rahmat dan kesejahteraan khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.

Bagi umat Islam yang berpuasa dan berusaha mencari keistimewaan malam Lailatul Qadar dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah malam Al-Qadar itu? Malam yang lebih baik daripada seribu bulan, turunnya malaikat dan roh (Malaikat Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan, malam itu penuh selamat sejahtera hingga terbit fajar." (Surah Al-Qadar 1-5)

Walaupun ayat ini diturunkan, namun Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar. Umat Islam digalakkan supaya sentiasa memperbanyak amalan salih terutama pada sepuluh malam terakhir. Dijelaskan nilai keutamaan yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu apabila tibanya Lailatul Qadar. Mencari keistimewaan Lailatul Qadar mestilah bermula daripada awal pertama puasa sehinggalah ke malam sepuluh terakhir Ramadan.


Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sabda baginda : "(Iaitu) ada pada Ramadan, oleh itu, hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebabkan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23 atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29 serta pada malam terakhirnya." (Riwayat Ahmad)

Dalam memberi pengertian Al-Qadar, ulama dan ahli tafsir mempunyai pendapat berbeza, antaranya ialah menurut Az-Zuhri, Al-Qadar bererti keagungan, kebesaran, kemuliaan atau kedudukan. Sementara menurut Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilalil Quran bahawa Al-Qadar bererti takdir, ketentuan, ketetapan atau nilai.


Menurut pandangan dan pendapat Prof Dr T M Hasbi As-Siddiqiy memberikan erti Lailatul Qadar sebagai malam penuh berkat yang mempunyai keistimewaan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bahkan seumur hidup manusia.


Dalam hal ini, Drs Hanafi Mohammad menjelaskan, dalam bukunya Keistimewaan Malam Lailatul Qadar, sesungguhnya malam Lailatul Qadar ada rahsia Allah yang dapat disimpulkan sebagai malam perhubungan mutlak antara langit dan bumi dengan ketentuan Allah. Malam Lailatul Qadar juga terjadi suatu peristiwa besar yang belum diperlihatkan oleh bumi dari segi dalil, keagungan dan kesannya terhadap kehidupan manusia.


Pada malam Lailatul Qadar dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah yang menjadi rahmat besar daripada Allah untuk dianugerahkan kepada manusia.
Seterusnya, malam Lailatul Qadar adalah suatu malam agung, tidak dapat dijangkau oleh kemampuan berfikir manusia yang amat terbatas untuk mencapainya.

Keistimewaan malam Lailatul Qadar ini, Allah menurunkan al-Quran pertama kali kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s. Melalui wahyu itulah Nabi Muhammad diangkat Allah menjadi Rasul seperti firman-Nya: "Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan batil." (Al-Baqarah: 185)

Pada malam tersebut juga turunnya malaikat membawa rahmat daripada Allah. Pada malam berkenaan Allah memberi penghormatan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada hamba-Nya sampai terbitnya fajar. Orang Islam daripada umat Nabi Muhammad akan memperoleh keampunan dosa daripada Allah, memperoleh rahmat yang besar daripada Allah, memperoleh balasan syurga daripada Allah dan mendapat pujian, kasih sayang, ampunan dan kemuliaan.


Bagi mendapatkannya hendaklah menghidupkan malam dengan beribadat kepada Allah iaitu mendirikan solat malam, berdoa, berzikir, bertadarus dan membaca al-Quran. Hal ini berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah r.a. katanya: "Adalah Rasulullah bersungguh-sungguh beribadat pada malam yang akhir, apa yang tidak dilakukannya pada puluhan malam yang lain." (Riwayat Muslim)

Membangunkan ahli keluarga menjelang sepuluh malam terakhir untuk mengerjakan solat malam seperti dilakukan Rasulullah dengan membangunkan keluarganya. Nabi mengikat tali pinggangnya yang bermaksud tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya dan sentiasa beriktikaf pada sepuluh malam terakhir.


Oleh sebab kemungkinan datangnya malam Lailatul Qadar itu adalah pada salah satu daripada malam yang akhir, maka dianjurkan untuk mandi antara Maghrib dan Isyak, kemudian memakai pakaian bersih dan indah. Memperbanyakkan beriktikaf dalam masjid pada sepuluh malam akhir Ramadan.

Jelaslah, tiada malam yang dapat menandingi kelebihan dan kehebatan malam Lailatul Qadar. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah. Walau bagaimanapun, keseluruhan Ramadan adalah bulan sangat istimewa yang belum tentu kita dapat merebut peluang beribadat pada tahun akan datang.

Sesungguhnya, terdapat hikmah Allah merahsiakan malam Lailatul Qadar antaranya supaya umat Islam bersungguh-sungguh beribadah mencari keredaan Allah. Supaya amalan umat Islam dilipatgandakan Allah pahalanya dengan beribadah. Selain itu, supaya hamba-Nya sentiasa suka melakukan sesuatu kebaikan dan amal soleh. Ini juga menjadi pelindung supaya hamba-Nya sentiasa memelihara dan menjaga dirinya daripada segala bentuk kemungkaran dan kejahatan.


Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu
DIPETIK ARTIKEL INI DARI HARIAN METRO

13 Mei 2010

PENGERTIAN MUNAFIK

Adalah orang munafik termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Alah.

Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya ingkar. Perbuatan orang munafik disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.
Related Posts with Thumbnails