VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label JUVANA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JUVANA. Papar semua catatan

27 Januari 2011

CUCU DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MEMBUNUH DATUK

BERNAMA
BAHAU, 26 Jan : Dua remaja berusia 17 tahun, termasuk cucu mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majisteret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Jempol pada 13 Jan lepas. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.


Mereka juga turut didakwa mengikut Seksyen 34, kanun yang sama kerana mencederakan isteri mangsa dengan menggunakan pisau pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua tertuduh. Majistret Elyana Razali menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 28 Feb ini. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.

: : Apa sudah jadi dengan remaja hari ini...?



21 Jun 2010

PELAJAR PEREMPUAN DIJUMPAI MATI DI DALAM BILIK PUSAT PERANGINAN

KOTA BHARU : Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, dijumpai mati di sebuah bilik penginapan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, hari ini dipercayai akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran.

Noraini Mohd Noor, 17, dijumpai terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah ketika dijumpai pekerja sebuah pusat peranginan di situ, kira-kira jam 9 pagi tadi. Bagaimanapun, menurut polis tiada kesan tikaman terdapat pada badan mangsa.

01 Mei 2010

UTUSAN MELOYA : AMPUSANA-AMPUSINI


KEMATIAN AMINULRASYID AMZAH

PUNCA UTAMA AMARAH RAKYAT :
  • APABILA FAKTA TIDAK TEPAT DARI PIHAK POLIS DiRAJA MALAYSIA YANG SEOLAH MENYEMBUNYIKAN SALAH-LAKU ANGGOTANYA. MALAH MANGSA DILABELKAN SEBAGAI PENJENAYAH.
  • MEDIA PENGAMPU, YANG SECARA SEMBERONO MENYIARKAN BERITA TIDAK TEPAT DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!!

.........................................................
BACA LAPORAN AKHBAR PENGAMPU INI

ARKIB : 27/04/2010
REMAJA MAUT DITEMBAK KETIKA CUBA REMPUH POLIS


SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

28 April 2010

KISAH AMINULRASYID : CERITA DARI AHLI PARLIMEN SHAH ALAM


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

AMINULRASYID 1PEMBUNUHAN Di Bumi 1MALAYSIA


KEMATIAN AMINULRASYID
1PEMBUNUHAN - Peguam


SHAH ALAM, 28 April : N. Surendran (gambar), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan. "Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditembak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu. "Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

AMINULRASYID : SEMOGA SIASATAN POLIS TELUS DAN ADIL

Polis Teliti Laporan Rakan Aminulrasyid
SHAH ALAM : Polis akan meneliti dan menyiasat laporan yang dibuat oleh rakan Aminulrasyid Amzah yang berada bersamanya ketika ditembak mati oleh anggota polis peronda di Seksyen 11, di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan menerima laporan rakan remaja yang mendakwa berada dalam kereta ketika kejadian, bagaimanapun enggan mengulas kandungan laporan kerana ia sebahagian siasatan yang sedang dijalankan.

27 April 2010

SEANDAINYA ANAK PERDANA MENTERI 1MALAYSIA DITEMBAK POLIS

Sekiranya anda membaca tajuk berita sedemikian, pada firasat anda, apakah di dalam berita tersebut akan menyebut bahawa anak sang Perdana Menteri itu ditembak kerana disyaki anggota geng penyamun atau penjenayah?

Dan apakah pihak polis akan mengeluarkan kenyataan bahawa anak sang Perdana Menteri adalah penjenayah yang dikehendaki dan anggotanya melepaskan tembakan kerana suspek mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri...???

BUKIT AMAN DIMINTA SELESAIKAN SEGERA KES AMINULRASYID

MP - KES AMINULRASYID PATUT DISELESAI SEGERA
Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkara polis patut menyelesaikan dengan cepat kes seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis awal pagi semalam. Gobind bertindak sebagai peguam pihak saksi, rakan Aminulrasyid yang berjaya melarikan diri dalam insiden tersebut.

"Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat. Kes ini cukup jelas, kita ada saksi kejadian," katanya ketika menziarahi keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 Shah Alam pagi ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana menurutnya kes tersebut masih disiasat.

"Saya minta Bukit Aman mengendalikan kes ini. Kita tidak mahu ia berlaku lagi di masa depan," katanya. Ahli parlimen Puchong itu juga berhasrat menemui Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berhubung kes tersebut.

"JANGAN LAPOR BUKAN-BUKAN," Rayu Ibu Aminulrasyid

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi 'mencari keadilan'.

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media. "Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

BUNUH JUVANA : Khalid Minta Polis Lindungi Saksi

SHAH ALAM, 27 April : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminulrasyid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

JUSTICE 4 AMINULRASYID AMZAH!!!

Kes ini masih dalam siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia. Semoga pihak PDRM dapat menangani kes ini secara telus demi memastikan tiada salah-laku anggotanya hingga membabitkan kehilangan nyawa insan yang kita belum juga pasti sama ada dia penjenayah atau sebaliknya.



REMAJA MAUT DITEMBAK POLIS
SHAH ALAM :
Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam. Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini. Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.
Related Posts with Thumbnails