VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label JALAN JALAN CARI MAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JALAN JALAN CARI MAKAN. Papar semua catatan

20 Mac 2012

Alahai Pizza Hut Delivery - Servis Mengecewakan

Pizza Hut Delivery atau ringkasannya PHD (bukan Perasaan Hasad Dengki ye). Teruja jugak nak mencuba servis PHD ini. Aku tak la buat panggilan supaya Pizza dihantar ke rumah, cuma kebetulan melalui premis PHD ini di Indera Mahkota (Kuantan), maka aku terus menapau pizza untuk dibawa balik. Servis OK dan pantas, cuma agak kecewa apabila membuka kotak pizza ini sebaik sahaja sampai di rumah.

Ini gambar risalah iklannya. Memang syok je tengok gambar pizza ni. Ditambah dengan harganya yang cukup berbaloi untuk dua pizza regular + 2 sup. So tanpa ragu-ragu, menu Double deals ini aku pilih.


Sebaik sahaja kotak dibuka... adeh! Entri ini aku tulis bukan untuk menghina makanan ini (apatah lagi pizza ini tetap aku, isteri dan anak-anak makan sampai habis - dah beli, makan je la), tetapi entri serta gambar-gambar ini aku paparkan untuk menyatakan kekecewaan terhadap penyediaan pizza oleh pihak Pizza Hut Delivery. Amat tidak wajar sama sekali pihak PHD menyediakan pizza sedemikian kepada pelanggannya.

Andai tidak mampu menyediakan pizza sebaik yang terpapar di dalam risalah iklan, cukuplah pizza yang disediakan menyamai mutu pizza yang dihidangkan kepada pelanggan yang makan (dine-in) di restoran-restoran Pizza Hut.

Mentang-mentanglah kami beli tapau/take away/delivery, maka pizza yang disediakan pun ala-kadar je. Pihak Pizza Hut Malaysia sewajarnya memantau cara penyediaan serta cara kerja staf sama ada di restoran mahupun di premis seperti PHD ini. TITIK-BERATKANLAH kualiti kerana kami sebagai pengguna mengharapkan hidangan yang bermutu serta berkualiti setiap kali berkunjung di sini.

Keras dan liat jugak la pizza ni...... :)




Tapi aku pelik jugak, kenapalah aku ni banyak sangat pengalaman yang agak tak menarik setiap kali berkunjung ke premis Pizza-Hut. Sebelum ini pernah juga alami dengan servis buruk sebegini sebagaimana yang pernah aku nukilkan dalam entri dengan tajuk Pizza-Hut Atau Setepatnya Pizza-jaHAT? Namun pengalaman itu tidaklah seperti pengalaman seorang pensyarah yang makan Spageti Bolognaise dengan harga RM55,000.00 di Pizza-Hut...!!! :)

16 Disember 2011

KETAM LEMBUT - KUALA GULA, PERAK


A L H A M D U L I L L A H . . . Syukur padanya. Sempena cuti sekolah ni, Alhamdulillah sempat bercuti-cuti Malaysia bersama anak-anak dan isteri. Kunjungan ke Bukit Merah Lake Town Resort membawa dan membuka peluang untuk aku mencari sesuatu yang aku idam-idamkan selama ini, tak lain tak bukan adalah KETAM LEMBUT....!!! [perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort ke lokasi restoran di Kuala Gula hanya memakan masa 30 minit]

Penangan paparan mengenai
KETAM LEMBUT ini di dalam program MAJALAH 3 (TV3) membuatkan aku begitu teruja untuk turut merasai KETAM NIPAH yang baru bersalin kulit ini. Dinamakan KETAM LEMBUT kerana ketam ini boleh dimakan keseluruhan badannya kerana ia tiada kulit (baru bersalin kulit)!!!

Kunjungan singkat ke KUALA GULA, PERAK DARUL RIDZUAN ini sedikit membantutkan hasrat aku untuk menjelajah pekan kecil ini, insha ALLAH jika ada kesempatan, mungkin aku akan sekali lagi berkunjung ke sini dan menikmati keenakan KETAM LEMBUT serta KARI SEMBILANG yang cukup istimewa di Restoran JS MUARA...!!!

Untuk sahabat-sahabat yang sudi menjengah belog ini, sedikit paparan yang sempat aku rakam sepanjang 'usaha' mencari
KETAM LEMBUT ini pada 05.12.2011 & 06.12.2011 yang lalu.

Cari papan tanda ini untuk ke Restoran JS MUARA



Chalet Kuala Gula Sanctuary yang boleh dilihat dari Restoran JS Muara ini





Sekali bot lalu, maka setiap kali tu jugak la Restoran terapung ni bergoyang,
memang syokkkkk!!!!



KARI SEMBILANG, karinya pekat dan memang best!!!


Ketam Lembut masak '3 RASA'


Ketam Lembut 'SweetSOUR'


Ketam Lembut Goreng Tepung


. . . A L H A M D U L I L L A H . . .


Restoran JS MUARA, KUALA GULA
SAMPAI BERSUA LAGI... ;)

19 Julai 2011

Jom Makan Steak Di Las Vacas Meat Shop

Alhamdulillah... Akhirnya tertunai jua impian untuk mengunjungi 'kedai daging' Las Vacas ini. Mula 'jatuh cinta pandang pertama' apabila menonton Jalan-Jalan Cari Makan di TV3. Memang berbaloi dan steaknya memang cukup mabelesss!!! Terbaik dan yang pastinya, Halal. Memang sukar mencari kedai yang menyediakan sajian sebegini berstatus halal + sajiannya enak...!!! Untuk maklumat lanjut KLIK di sini : Las Vacas Meat Shop.


Antara pilihan daging-daging segar yang boleh dipilih.
Pilih dan minta pandangan staff Las Vacas untuk cadangan masakan.


Ahhhh...!!! Jatuh cinta dengan Beef Wrap...!!! Hanya RM18.


Lamb Chump Chop





Burrrppp...!!! Alhamdulillah... +terima kasih kepada sistem GPS di dalam henponku
yang menolongku mencari '
kedai daging' ini. "Malu ber'GPS', sesat jalan"... :-D



24 Mei 2011

| BURGER BEST | KOTA BHARU

Lokasi gerai burger NBC : Berhampiran Bank Simpanan Nasional,
(bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

27 April 2011

Jom Makan Raja Musang!!!

Jom makan Musang King!!! Bukan musang berekor dan berkaki empat tu yea, tapi durian yang 'berjenama' Musang King (ditanam terutamanya di kawasan Bentong - Raub). Agak mahal durian ni, sesekali boleh le acu-cuba-try-test makan. Kalo selalu nak melantak durian ni, jawabnye rabak le poket. Melainkan kalo anda ada dusun durian atau kenal rapat dengan tuan kebun atau tokeh yang jual durian, maka boleh le selalu menjamah Raja Buah ini.

19 Februari 2011

Jom Makan Popia Stadium!

Jika berkunjung ke Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Jom pekena Popia Stadium yang sememangnya popular. Tapi bagi aku yang dah sekian lama menikmati Popia Stadium, walaupun popular, rasanya Popia Stadium ni dah semakin 'kurang menyengat'... Sebabnya? Popia ni tak dihidangkan panas-panas (masak/goreng kat tempat lain dan dibawa kat restoran ni untuk dijual). Tentu popia ni lebih sedap sekiranya dihidangkan panas...!!!

16 Februari 2011

Aiskrim Sherbet - Menambat Rasa!!!

Nak kongsi sikit perihal aiskrim perisa buah-buahan yang sempat 'dijamah' 10.02.2011 yang lalu. Dah lama perhatikan aiskrim terbaru keluaran Magnolia ni (bukan MONGOLIA yea)... Aiskrim SHERBET ni didatangkan dengan empat perisa buah-buahan; Laici, Oren, Manggis dan Kiwi.

27 Januari 2011

Pizza-HUT Atau Setepatnya PIZZA-jaHAT...?

KENANGAN 'TERINDAH' tanggal 11.01.11, lebih kurang jam 9:50malam, kununnye nak makan pizza, so pegi la ke Pizza-Hut (Giant, Kuantan). Hampeh tul, ada ke dihantarnya Pizza yang hangus-keras-& xperfect bentuknya!!! Pizza-Hut cawangan Giant, Kuantan ni aku tengok lebih mementingkan pelanggan yang 'tapau' (take-away). Servis dah la lambat, hantar pulak pizza yang hangus, keras pulak tu. Macammana la anak aku yang umur 2 tahun ni nak makan lempeng keras camtu.

Rupa pizza PERTAMA yang dihantar, tengoklah betapa rangupnya
pizza ini, aku pi hantar balik pizza ni. Bahan untuk
intinya pun kurang xsebagaimana biasa...!!!


Setelah dikomplen, inilah pizza KEDUA yang dihantar, kurang keras berbanding pizza yang PERTAMA, inti pizza tetap kurenggg dan pizza pun bentuknya xsempurna. Lapar punya pasal (COZ' LAMA MENUNGGU), terpaksalah juga aku dan anak-anak makan.

Pizza ni belum digigit, tetapi bentuknya macam kita dah makan.
Langsung tiada ungkapan maaf dari pekerja pizza-hut ni.
Kambing punya staff!!!


25 Januari 2011

HALAL STEAMBOAT @Kuantan : East Coast Buffet Steamboat Restaurant

Nikmati gambar-gambar ini dahulu, broadband lombab cam cimpanzee, banyak lagi gambar yang belum diupload. InsyaAllah maklumat dan gambar-gambar lain mengenai restoran ini akan dimasukkan kemudian.





12 Januari 2011

Rasa Nak Makan Steamboat ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat sahabat-sahabat yang sudi singgah...

Rasa malas nak kopi-pes berita hari ni. Jemu dan muak dengan segala macam cerita sengal sama ada dunia politik yang makin hanyir, kisah jenayah yang seolah takkan surut, ditambah dengan segala macam kenaikan harga barangan yang menghimpit sekalian rakyat...

Nak release tension jap malam ni. Nak gi pekena steamboat!!! Sape nak ikut...? Jom gi belanja diri sendiri...!!! Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!!

InshaAllah lepas maghrib malam ni, nak lepak dan makan-makan untuk PERTAMA KALI kat Restoran East Coast Buffet Steamboat, Jalan Beserah, Kuantan. Apa-apa info tentang makanan kat situ serta gambar. InshaAllah akan di'update' nanti... ;)

07 April 2010

JOM PEKENA IKAN BAKAR PETAI @Kuantan

Jom cuti-cuti Malaysia ke negeri Pahang Darul Makmur. Dan kat sini aku nak bagi info satu tempat makan yang terbaik di Kuantan. Tak lengkap kunjungan ke Kuantan kalau tak pekena ikan bakar di TANJUNG LUMPUR. Tanjung Lumpur terletak hanya 5 kilometer dari bandar Kuantan dan sememangnya terkenal dengan restoran-restoran ikan bakar dan juga AIR GELAS BESAR!

12 Oktober 2009

MURTABAK DiRAJA PEKAN (Pahang) KINI DI KUALA LUMPUR


KINI DIBUKA!!!
12A, Jalan Rampai Niaga 4,
Medan Niaga Rampai,

53300 Setapak, Kuala Lumpur.

klik pada imej di atas untuk paparan
lebih JELAS & MANTOPP!!!

Related Posts with Thumbnails