VVIP DENAI CINTA
27 Mei 2011
Dua Konstabel BAHALOL Dipenjara 24 Bulan, Denda RM10,000 Kerana Rasuah RM350
25 Mei 2011
LELAKI MATI TERGANTUNG DALAM LOKAP BALAI POLIS
Hai... Dalam tahanan polis pun boleh mati. Mati tergantung menggunakan seutas tali? Siapa yang beri tali atau sediakan tali...? Biasanya tahanan diperiksa rapi dan segala barangannya disimpan oleh pihak polis. Satu lagi kes yang memerlukan pihak PDRM memberikan jawapan konkrit kepada sekalian rakyat agar kredibiliti pasukan tidak terus diperlekeh dan dipandang serong.| Bernama | KLUANG, 24 Mei : Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di sini Selasa. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi."
"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya kepada pemberita.
Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali. Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.
30 Mac 2011
BAHALOL : Polis Dipenjara 3 Tahun Sorok Kes Rogol
22 Februari 2011
Bayar Saman Sebelum 28 Februari Elak Disenaraihitam
PENGUMUMAN PENTING : Anda mempunyai tempoh 5 hari sahaja lagi untuk menjelaskan saman-saman trafik yang tertunggak sebelum 28 Februari 2011. Kegagalan berbuat demikian membolehkan anda disenaraihitamkan. Pembayaran saman boleh dilakukan secara online dan di mana-mana Kaunter Polis Trafik berhampiran anda. Terima kasih. [Sumber : FaceBook PDRM]20 Januari 2011
ANGGOTA POLIS KANTOI KETIKA SYOK BERJUDI
4 ANGGOTA POLIS ANTARA 9 DITAHAN BERJUDI
BERNAMA
KUCHING, 20 Jan : Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini Khamis. Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain 'holo' ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau awal pagi ini.
Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan reman sehari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata kesemua anggota terlibat akan dikenakan tindakan tegas. "Saya tidak boleh kata dalam sebakul epal tidak ada buah yang busuk, tetapi kita akan lakukan apa yang perlu. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Tiada kompromi atau double standard dalam menyiasat kes yang melibatkan anggota polis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuching di sini.
24 September 2010
Ketua Polis Negara Ulangi Janji Beri Perkhidmatan Terbaik
"Mesej saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi kehendak masyarakat mudah difahami walaupun sebenarnya ia sukar dilaksanakan kerana pelbagai faktor. Faktor itu antaranya memerlukan pengorbanan, layanan mesra, tindakan pantas dan efisien setiap peringkat selaras dengan perkembangan ilmu dan teknologi," kata Ismail kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.
01 Ogos 2010
ANGGOTA POLIS DITAHAN BERSABIT KES SAMUN
"Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira sesiapa walaupun dia anggota kita dan jenayah yang dilakukannya ternyata telah mencemarkan imej pasukan ini," katanya selepas merasmikan Balai Polis Bandar Utama, Damansara di sini, Sabtu.
20 Mei 2010
PANEL KHAS KAJI PENGGUNAAN SENJATA API POLIS
Beliau yang juga pengerusi panel khas itu, berkata antara yang akan dikaji ialah prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Australia, serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
KELUARGA SAKSI BUAT LAPORAN 'CUBAAN BUNUH'
Laporan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin. Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumpang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.12 Mei 2010
TIADA PERMOHONAN MAAF UNTUK KELUARGA AMINULRASYID AMZAH
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas tuntutan keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 14 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu agar pihak kerajaan dan polis memohon maaf kepada mereka."Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi undang-undang," kata Musa pada sidang media di Putrajaya. Semalam keluarga Aminulrasyid merayu supaya pihak polis juga membersihkan nama Aminulrasyid daripada dilabelkan penjenayah.
11 Mei 2010
KEMATIAN AMINUL RASYID : KOPERAL DIDAKWA HARI INI
10.05.2010 : Seorang anggota polis didakwa di mahkamah hari ini berhubung kematian adik Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu. Anggota polis berpangkat koperal itu, dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada kira-kira jam 12 tengahari ini.Koperal Jenain Subi (gambar), 48, dituduh mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian Aminulrasyid. Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, Shah Alam. Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.
09 Mei 2010
LAGI REMAJA DITEMBAK, KONSTABEL DIGANTUNG TUGAS
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam. "Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.
05 Mei 2010
KARPAL TUNTUT TUDUHAN BUNUH KE ATAS POLIS
Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh. Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.04 Mei 2010
KPN : Jangan Pertikai Tugas Polis
Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah. "Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan," katanya.
PEGUAM OTAI DAN PAKAR FORENSIK UNTUK AMINULRASYID
03.05.2010 : Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP akan mengiringi keluarga Aminulrasyid Amzah ke lokasi di mana remaja berusi 14 tahun itu ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu.
"Perkara pertama ialah meninjau di lokasi kejadian," kata Karpal pada sidang media bagi mengumumkan perlantikannya sebagai peguam keluarga itu. Menurut Karpal, dia dilantik oleh keluarga tersebut oleh Norsiah Mohamad, ibu kepada remaja berkenaan.
SAKSI NAFI AMINULRASYID CUBA REMPUH POLIS
Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis."Apabila ditembak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.
03 Mei 2010
HISHAM MAHU RAKYAT ADIL TERHADAP POLIS
01 Mei 2010
UTUSAN MELOYA : AMPUSANA-AMPUSINI
KEMATIAN AMINULRASYID AMZAH
PUNCA UTAMA AMARAH RAKYAT :
- APABILA FAKTA TIDAK TEPAT DARI PIHAK POLIS DiRAJA MALAYSIA YANG SEOLAH MENYEMBUNYIKAN SALAH-LAKU ANGGOTANYA. MALAH MANGSA DILABELKAN SEBAGAI PENJENAYAH.
- MEDIA PENGAMPU, YANG SECARA SEMBERONO MENYIARKAN BERITA TIDAK TEPAT DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!!
BACA LAPORAN AKHBAR PENGAMPU INI
ARKIB : 27/04/2010REMAJA MAUT DITEMBAK KETIKA CUBA REMPUH POLIS
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
IGP MESTI LETAK JAWATAN ATAU BERDEPAN DEMO
Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.
30 April 2010
PDRM PERLU TERBUKA TERIMA KRITIKAN, BUKAN UGUT RAKYAT
KUALA LUMPUR, 30 April : Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.
Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.
Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. "Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat."
"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.