VVIP DENAI CINTA

27 Mei 2011

Dua Konstabel BAHALOL Dipenjara 24 Bulan, Denda RM10,000 Kerana Rasuah RM350

| Bernama | KUALA LUMPUR, 27 Mei : Dua konstabel polis, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menerima suapan wang tunai RM350 daripada seorang warga Indonesia, empat tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin turut memerintahkan penjara tambahan enam bulan setiap seorang terhadap Mohd Ridzuan Zulkifli, 29, dan Md Azale Md Yusof, 27, jika mereka gagal membayar denda. Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pembelaan.

Hakim Rosbiahanin turut menolak permohonan peguam Ahmad Shuaib Ismail yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mohd Ridzuan dan Md Azale yang bertugas di Cawangan MPV Khas, Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didakwa dengan niat bersama menerima suapan wang tunai RM350 daripada Pausan Juhari di Jalan Delima, Off Jalan Intan, Ampang pada pukul 5 petang, 28 April 2007.

Wang itu adalah sebagai dorongan supaya Mohd Ridzuan dan Mohd Azale tidak mengambil tindakan terhadap pekerja Pausan iaitu Jamilah Abdul Rashid yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 37, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Hakim Rosbiahanin sempat menegur kedua-dua tertuduh yang tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu kesalahan. "Sebagai anggota polis yang mempunyai lencana "Saya Anti Rasuah", kamu seharusnya memikirkan dahulu mengenai ibu bapa dan keluarga sebelum terlibat dalam gejala rasuah," katanya.

Sepanjang perbicaraan kes itu, pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azizun Mohamed, mengemukakan 10 saksi manakala kedua-dua tertuduh memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

2 ulasan:

Awanama berkata...

x perlu mention bahalol rasenye.. what goes around comes around. remember..kalo awak dah kene or family yg kene,tahulah langit tinggi ke rendah.. mostly banyak yang terkene dengan sprm.. dorang yang planning nak perangkap,then yang jadi mangse tengah2 memang nak elak pon xgune.. terutama kalo hakim rosbiah hanin tu.. period je 24 jam agaknye.. sume polis disalah kan.. ANti Polis ke? huhu..

Awanama berkata...

ALAHAI!!!! SETIAP MANUSIA ADA KELEMAHANNYA,TAPI BAB NI GUE TAK TAHU SEBAB KES NI PUN GUE DH KENA DENGAN ANGGOTA PDRM YANG BAHALOL TUU.....
RM10 PUN DIA NAK AMBIL,SIAP TAK PAKAI NO ANGGOTA DAN NAMA PULAK TUU...
TERMASUK DIARI CATATAN PDRM YANG MENCATATKAN JUMLAH KUTIPAN DARI MANGSA,MEMANG PATUT PUN KENA CEKUP SPRM....DAHLAH GAJI LEBIH DARI PENJAWAT AWAM LAIN.....DAH TAHU TAK CUKUP,CARILAH KEJA YANG HALAL....JANGAN NAK CEKIK DARAH JE,DALAM DUNIA NI BOLEHLAH...KALAU DH MAMPUS NANTI DAPATKAH????....
WASALLAM......

Related Posts with Thumbnails