VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label sudut dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sudut dakwah. Papar semua catatan

13 April 2012

USTAZ AZHAR IDRUS Akan Muncul Di ASTRO OASIS!!!

13 APRIL 2012 : Nampaknya penantian untuk menyaksikan Ustaz Azhar Idrus muncul di kaca televisyen bakal terlaksana. Sebelum ini ada ura-ura kononnya TV9 ingin menyunting Ustaz Azhar Idrus, namun usaha itu tersekat (faham-faham je la Media Prima tu dimiliki oleh siapa).

Sham Kamikaze : Dari Gitar Rock Ke Gitar Dakwah

Wajah TERKINI Sham Kamikaze

RAWANG, 13 April : Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamrel Mohamed Salleh satu nama besar dalam industri hiburan tanah air. Namanya memuncak bersama Mawi melalui Akademi Fantasia apabila beliau menjadi salah seorang guru dalam rancangan itu. Namun, itu dulu. Kini Sham sudah meninggalkan dunia glamour itu dan memperuntukkan sepenuhnya kehidupan beliau untuk dirinya sendiri dan Islam.

18 Januari 2012

KENAPA ISLAM POTONG TANGAN ORANG MENCURI, TIDAKKAH ITU SANGAT KEJAM?

"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu. Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke Kuala Lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya. Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.
Related Posts with Thumbnails