VVIP DENAI CINTA

13 April 2012

USTAZ AZHAR IDRUS Akan Muncul Di ASTRO OASIS!!!

13 APRIL 2012 : Nampaknya penantian untuk menyaksikan Ustaz Azhar Idrus muncul di kaca televisyen bakal terlaksana. Sebelum ini ada ura-ura kononnya TV9 ingin menyunting Ustaz Azhar Idrus, namun usaha itu tersekat (faham-faham je la Media Prima tu dimiliki oleh siapa).

Dan ALHAMDULILLAH, hasrat untuk melihat Ustaz Azhar di kaca televisyen akan direalisasikan dengan izin Allah swt pada Ramadhan yang mulia ini. Perkara ini diperakui oleh sahabat Ustaz Azhar Idrus yang turut menjadi 'orang tengah' untuk membawa ulamak tersohor ini ke udara di kaca televisyen iaitu Sham kamikaze. Sham Kamikaze memaklumkan khabar gembira ini sewaktu diwawancara oleh wartawan Harakah sesudah majlis forum yang berlangsung di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, malam tadi.

Menurut Sham Kamikaze, beliau sudah mengikat satu kontrak dengan Astro Oasis untuk membawa Ustaz Azhar Idrus ke tv. "Insya Allah, ia akan ditayangkan menjelang hari raya puasa akan datang ini," kata Sham yang mahu melihat rakyat Malaysia mempunyai alternatif hiburan dari menonton rancangan yang menambahkan dosa sebagaimana yang ada di stesen tv sekarang. - Harakahdaily

1 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

Great..Alhamdulillah

Related Posts with Thumbnails