VVIP DENAI CINTA

02 April 2012

Kecewa Dengan Kerja? - BERIKANLAH YANG TERBAIK

Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri tatkala menghadapi kekecewaan di tempat kerja :
  • Mengapa anda tengah melakukan kerja bodoh ini?
  • Terasa diri anda tersepit?
Jika anda merasa kecewa dan tidak gembira... Anda sebenarnya bukan mencari penyelesaian, tapi mencari lebih banyak masalah. Penyelesaian mudahnya ialah SENYUM dan BERIKANLAH SEGALANYA YANG ANDA MAMPU.

Mengapa?
  • Manusia yang berusaha kuat dan rajin akan merasa yakin dan selesa pada dirinya sendiri.
  • Kita dapat mengasah dan menambah kemahiran kita.
  • Kita dapat membina reputasi sebagai orang rajin dan sanggup berkorban.
  • Atas sebab itu, ada kala dan ada orang yang terlihat kita dan memberikan kita kerja yg lebih baik.
  • Satu hari nanti, kita akan berasa yakin untuk melakukan perkara diri sendiri.
Bagilah segalanya yang anda mampu, kerana ini kunci untuk membuatkan diri berasa positif dan menghindari pemikiran yang negatif. Ini juga adalah kunci untuk membuka peluang lain supaya kita boleh memperbaiki situasi yang ada.

Jikalau anda seorang yang berfikiran sedemikian : "Kalau saya dapat satu kerja yang bagus, saya akan bekerja kuat... Disebabkan saya dapat kerja teruk macam ini, lebih baik saya tidur saja." ANDA SILAP BESAR DAN ANDA TIDAK AKAN KE MANA-MANA.

Di mana-mana sahaja, ingatlah asalkan kita memberikan segalanya dan terbaik, insha-Allah ia akan membantu membuka peluang yang lain
untuk kita. Kadang-kala ia memakan masa, tapi yang pasti ia akan datang. Sesungguhnya, mereka yang berusaha, rajin akan lebih berjaya daripada mereka yang sering mencari alasan.

Sekadar motivasi
untuk pagi Isnin, yang biasanya ramai yang merasakan ia adalah hari terpanjang dalam satu-satu minggu. SENYUM.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails