VVIP DENAI CINTA

26 Mac 2010

NAH HABUAN KAU POLIS!!!

Apakah aku sensitif atau hanya aku yang sensitif dengan penggunaan bahasa dalam TAJUK MUKA HADAPAN Berita Hairan opppssss! Berita Harian hari ini 26 Mac 2010. Tajuknya berbunyi 'HABUAN BARU POLIS'. Tengok akan tajuknya, memang persis seolah berita jenayah (bagi aku la). Walhal apa salahnya kalau diletakkan tajuk 'GANJARAN BARU POLIS', itu bagi aku lebih manis.

Kalau cerita berkait dengan SAMSENG JALANAN, ok la kalau nak letak perkataan HABUAN pun, contohnya 'SAMSENG JALANAN TERIMA HABUAN'.... atau 'GADIS JADI HABUAN SAMSENG JALANAN'. Atau kisah pelbagai lagi jenayah, gunalah kalau nak guna perkataan HABUAN tu; Gadis jadi habuan 10 lelaki, Emas RM10j Habuan Perompak, Komisyen Kapal Selam Habuan Lumayan (oppppssss! terlebih sudaaaa), Model diletup setelah meminta habuannya (tiada kaitan dengan yang hidup atau sudah diletup).

Amat tidak manis apabila HABUAN digunakan untuk menggambarkan ganjaran kepada pasukan keselamatan yang tugasnya murni dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Semoga wartawan dan editor akhbar lebih berhemah kerana bahasa yang digunakan menjadi tatapan khalayak umum. Apatah lagi ia diletakkan ditajuk depan akhbar anda. Tak salah mencari tajuk sensasi untuk melariskan akhbar, tetapi biarlah ia bertepatan dan bersesuaian dengan keadaan dan pihak yang kita tujukan berita tersebut.

...............................................
HABUAN BARU POLIS
- Berita Harian 26/03/2010
KUALA LUMPUR: Seramai 33,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas am, akan mendapat elaun bulanan RM200, manakala 52,000 anggota berpeluang dinaikkan pangkat secara automatik sekurang-kurangnya selepas tiga tahun berkhidmat. Mengumumkan insentif baru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemberian elaun itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan membabitkan peruntukan tambahan RM84 juta setahun.

Mengikut Pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009 pula, katanya, konstabel akan dinaikkan pangkat ke lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala lans koperal ke koperal selepas lima tahun.

"Saya mencadangkan supaya balai polis cemerlang dan terbaik juga diberi penghargaan khas berdasarkan prestasi dan pencapaian mereka. Inisiatif penambahbaikan yang diberikan ini menunjukkan sokongan dan dorongan kerajaan atas jasa anggota polis yang bertugas demi bangsa dan negara," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam. BACA SETERUSNYA itu pun kalau nak buang masa membacanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails