VVIP DENAI CINTA

31 Mac 2010

Siti Nurhaliza Perkenalkan SimplySiti

Siti Perkenal SimplySiti

KUALA LUMPUR : Hasrat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk memiliki produk kecantikannya sendiri tercapai apabila beliau memperkenalkan rangkaian kosmetik dan produk penjagaan kulit pertamanya, SimplySiti. Siti berkata, produk yang dihasilkan menggunakan teknologi Nano itu sudah pun berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

"Selepas hampir dua tahun produk ini menjalani proses pembangunan dan penyelidikan di Korea, barulah kami bersedia untuk memasarkannya. Alhamdulillah saya bersyukur kerana impian saya untuk memiliki produk kecantikan sendiri termakbul dengan kelahiran SimplySiti."

"Selain harganya yang berpatutan, saya yakin produk ini akan mendapat tempat di hati khalayak kerana penghasilannya menepati piawaian dan apa yang lebih penting ia mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti di Hotel Mandarin Oriental di sini, semalam.


Sebagai permulaan, SimplySiti Sdn Bhd hanya mengeluarkan produk penjagaan muka dan kosmetik yang merangkumi semua jenis alat solek antaranya pencuci muka, penyegar, pelembab, bedak asas, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir.


"Memang kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk selepas ini seperti makanan kesihatan dan minyak wangi," kata penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini.
Selain Siti, SimplySiti turut ditunjangi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersama dua rakan kongsi lain. Pada majlis itu, Siti turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu yang digubah khas sempena pelancaran produknya berjudul Rahsiaku Milikmu. - BERITA HARIAN


...........TUKANG KATA...........
Aku sangkakan Siti nak keluarkan produk serkup kepala ataupun tarbus sebagaimana identitinya kini. Rupa-rupanya keluarkan produk kecantikan. Apa-apapun, tahniah atas tercapainya impian untuk memiliki produk kecantikan dengan nama sendiri. Rupa-rupanya iklan Siti dengar abang rambut ketak (Nas Ahmad-Terjah) adalah untuk produk kecantikannya ni.

Harapnya SimplySiti akan bertahan lama tidak sebagaimana produk Teh yang dulu pernah juga menggunakan nama penyanyi Biarlah Rahsia ini; CTea. Aku pun belum lagi sempat merasa CTea, alih-alih dah tak dikeluarkan lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails