VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label SOSILAWATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOSILAWATI. Papar semua catatan

24 Mei 2013

'Pathma ada motif bunuh Sosilawati'

SHAH ALAM – Hakim Datuk Akhtar Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai motif untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kerana tersepit isu penjualan tanah di Pulau Pinang. 

23 Mei 2013

Pathmanabhan, Tiga Pekerja Ladang Ke Tali Gantung Kerana Bunuh Sosilawati Dan Tiga Individu Lain

SHAH ALAM, 23 Mei : Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. 

22 Mei 2013

Nasib Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Diketahui Esok

SHAH ALAM, 22 Mei : Selepas hampir dua tahun, nasib empat tertuduh dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat serta mendapat liputan meluas media, akan diketahui esok selepas pembelaan menutup kesnya pada Selasa lepas. 

16 Mei 2013

Keterangan Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati Perlu Ditolak

SHAH ALAM, 16 Mei : Keterangan empat tertuduh dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah tidak selamat dan tidak boleh dipercayai, Mahkamah Tinggi diberitahu Rabu. 

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Saiful Edris Zainuddin berkata ini kerana keterangan tertuduh keempat bercanggah dengan keterangan tertuduh lain, terutama berhubung isu sama ada Sosilawati dan tiga individu lagi berada di Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010, selain pembabitan mereka membunuh sekurang-kurangnya tiga mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin. 

15 Mei 2013

Tiada Pembunuhan Kejam Babitkan Sosilawati Dan Tiga Individu Pada 30 Ogos 2010 - Peguam

SHAH ALAM, 14 Mei : Tidak ada bukti atau keterangan langsung yang menunjukkan terdapat pembunuhan kejam membabitkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos 2010, Mahkamah Tinggi diberitahu Selasa. 

19 Januari 2013

Kathavarayan Nafi Rancang Pembebasan Dengan Menjadi Pemberi Maklumat Polis

SHAH ALAM, 18 Januari - Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menafikan bahawa dia membuat perancangan dengan pihak polis mengenai pembebasannya sebagai 'ganjaran' menjadi pemberi maklumat kepada mereka.

16 Januari 2013

Tertuduh Keempat Dakwa Nampak Sosilawati Di Restoran Selepas Kejadian Bunuh

SHAH ALAM, 15 Jan : Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan kenyataan tertuduh keempat, yang mendakwa melihat jutawan kosmetik itu di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas kejadian bunuh dikatakan berlaku.

08 November 2012

TIADA SEBAB SAYA BUNUH SOSILAWATI DAN 3 RAKANNYA

SHAH ALAM, 7 Nov : Tertuduh ketiga dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Rabu bahawa tiada sebab untuk dia membunuh keempat-empat individu itu pada malam 30 Ogos 2010 di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

25 Oktober 2012

Sosilawati Dibaring Dan Ditikam Di Tengkuk

SHAH ALAM, 25 Oktober : Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.

24 Oktober 2012

Tertuduh Nafi Buat Pakatan Tidak Libatkan Pathmanabhan

SHAH ALAM, 23 Okt (Bernama) : Tertuduh kedua dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, Selasa menafikan bahawa dia telah berpakat dengan dua tertuduh lain untuk tidak melibatkan bekas peguam, N Pathmanabhan dalam kes itu.

SOSILAWATI : Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan EMPAT TERTUDUH

PUTRAJAYA, 23 Oktober : Mahkamah Persekutuan di sini Selasa sebulat suara menolak rayuan empat tertuduh dalam kes pembunuhan di Banting untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya menjadi saksi pembelaan dalam perbicaraan ke atas mereka.

27 Julai 2012

Mahkamah Rayuan Perintah Bicara Bunuh Sosilawati Ditangguh Sementara

PUTRAJAYA, 26 Julai : Mahkamah Rayuan di sini Khamis memerintahkan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ditangguh sementara.

26 Julai 2012

Kes Sosilawati : Dua Hakim Mahkamah Rayuan Tarik Diri Dengar Permohonan Tangguh Perbicaraan

PUTRAJAYA, 25 Julai : Dua daripada tiga anggota panel Mahkamah Rayuan Rabu menarik diri daripada mendengar permohonan empat orang yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, agar perbicaraan yang mereka hadapi ditangguh sementara menunggu keputusan permohonan mereka untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya sebagai saksi, diketahui.

19 Julai 2012

Kes Sosilawati : Sapina Dikemuka Untuk Malukan Pihak Pendakwaan

SHAH ALAM, 6 Julai 2012 : Tindakan mengemukakan sapina kepada tiga Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain adalah bertujuan untuk memalukan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi diberitahu di sini Jumaat.

05 Julai 2012

Tiga Timbalan Pendakwa Raya Dalam Kes Bunuh Sosilawati Disapina

SHAH ALAM, 4 Julai : Tiga Timbalan Pendakwa Raya dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Rabu disapina bagi menjadi saksi dalam permohonan pihak pembelaan untuk membuang dua eksibit dalam kes itu.

23 Jun 2012

Kes Sosilawati : Sebutan Semula Kes Saksi Didakwa Beri Keterangan Palsu

SHAH ALAM, 22 Jun : Mahkamah Sesyen pada Jumaat menetapkan 9 Ogos untuk sebutan semula kes pekerja ladang, U.Suresh, yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini.

31 Mei 2012

Pathmanabhan Nafi Transaksi Tanah Babitkan Sosilawati Satu Penipuan

SHAH ALAM, 30 Mei : Bekas peguam N. Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, menafikan urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang membabitkan jutawan kosmetik itu adalah satu penipuan.

30 Mei 2012

Pathmanabhan Nafi Rancang Pembunuhan Sosilawati Dan Tiga Individu Lain

SHAH ALAM, 29 Mei : Bekas peguam, N Pathmanabhan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa bahawa dia tidak merancang dan berkonspirasi dengan tertuduh lain untuk membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas. Pathmanabhan, 43, yang merupakan saksi pertama pembelaan, berkata dia juga tidak mempunyai motif untuk melakukan pembunuhan itu.

29 Mei 2012

Bicara Kes Bunuh Datuk Sosilawati Ditangguh Esok

Bicara Kes Bunuh Sosilawati Ditangguh Esok
SHAH ALAM, 28 Mei : Prosiding di peringkat pembelaan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan ke esok (29 Mei 2012).

03 Mei 2012

Pathmanabhan Dan Tiga Pekerja Ladang Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM, 30 April : Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dua tahun lepas. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Related Posts with Thumbnails