VVIP DENAI CINTA

26 Julai 2012

Kes Sosilawati : Dua Hakim Mahkamah Rayuan Tarik Diri Dengar Permohonan Tangguh Perbicaraan

PUTRAJAYA, 25 Julai : Dua daripada tiga anggota panel Mahkamah Rayuan Rabu menarik diri daripada mendengar permohonan empat orang yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, agar perbicaraan yang mereka hadapi ditangguh sementara menunggu keputusan permohonan mereka untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya sebagai saksi, diketahui.
 
Hakim Datuk Ramly Ali, yang mempengerusikan panel itu, dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menarik diri selepas peguam bela utama Manjeet Singh Dhillion memohon mereka berbuat demikian. 
 
Manjeet berkata Hakim Ramly dan Hakim Mohamed Apandi sebelum ini mendengar permohonan rayuan oleh pekerja ladang U Suresh dan K Sarawanan, yang sedang menjalani hukuman 20 tahun penjara di Penjara Sungai Udang, Melaka kerana kesalahan menghapuskan bukti berkaitan pembunuhan itu. 
 
Pihak pendakwaan memohon memanggil Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berkenaan sebagai saksi kerana mereka terlibat dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Telok Datok di mana Suresh dan Sarawanan menghadapi tuduhan dan tindakan mereka mengemukakan dokumen untuk menimbulkan keraguan terhadap keterangan Suresh dan Sarawanan. 
 
Bagaimanapun, pendengaran permohonan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan perintah yang dikemukakan tertuduh N Pathmanabhan, seorang bekas peguam dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan and R Kathavarayan tidak dapat diteruskan pada Rabu. 
 
Mahkamah Rayuan menetapkan Khamis untuk mendengar permohonan mereka. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails