VVIP DENAI CINTA

27 Julai 2012

Mahkamah Rayuan Perintah Bicara Bunuh Sosilawati Ditangguh Sementara

PUTRAJAYA, 26 Julai : Mahkamah Rayuan di sini Khamis memerintahkan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ditangguh sementara.
 
Ini bagi menunggu keputusan rayuan empat orang yang menghadapi tuduhan membunuh, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan sapena yang dikeluarkan oleh mereka terhadap tiga timbalan pendakawa raya (DPP) dalam kes itu, supaya tampil sebagai saksi. Berikutan itu, perbicaraan yang dijadual didengar esok ditangguhkan, hingga rayuan tersebut didengar dan diselesaikan oleh Mahkamah Rayuan. 
 
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara membenarkan permohonan dibuat oleh empat tertuduh bagi perintah menangguhkan sementara perbicaraan. Hakim Abu Samah berkata jika penagguhan tidak diberikan, pihak pembelaan akan dinafikan saksi yang mereka mohon dipanggil, dan seterusnya menafikan mereka dari mendapat perbicaraan adil. 
 
Hakim Abu Samah berkata pihak pembelaan berhak memilih saksi mana yang mereka ingin panggil ke kandang saksi, dan timbalan pendakwa raya Manoj Kurup telah bersetuju. 
 
Isnin lepas (23 Julai), Mahkamah Tinggi menolak permohonan empat tertuduh itu untuk mensapena DPP Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani, untuk tampil sebagai saksi. 
 
Langkah oleh pihak pembela itu bagi memohon mengetepikan dua eksibit yang dikemukakan oleh tiga DPP pada akhir kes pendakwaan untuk mempertikai kebolehpercayaan dua pekerja kebun U.Suresh dan K. Sarawanan yang dipanggil sebagai saksi pendakwa pada perbicaraan itu dan dikatakan kemudian bertindak kasar. 
 
Dua eksibit ialah nota prosiding mahkamah majistret Telok Datok di mana Suresh dan Sarawanan mengaku bersalah terhadap tuduhan menghapuskan bahan bukti berkaitan pembunuhan itu dan masing-masing dihukum penjara tujuh tahun. 
 
Tiga DPP itu juga terlibat dalam prosiding di mahkamah majistret tersebut. 
 
Suresh, 28, dan Sarawanan, 21, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka, selepas Mahkamah Rayuan pada 24 Ogos tahun lepas menolak permohonan kebenaran membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah Tinggi menambah tempoh hukuman penjara mereka. 
 
Empat tertuduh N Pathmanabhan, bekas peguam; dan tiga pekerja kebun T Thilaiyalagan; R Matan; dan R Kathavarayan, telah diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Ladang Gadong, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010. 
 
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan sehingga esok perbicaraan kes tersebut. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat penangguhan itu selepas dimaklumkan Ishak mengenai perkembangan di Mahkamah Rayuan hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails