VVIP DENAI CINTA

09 Julai 2012

10,000 Warga Asing Huni Penjara Di Malaysia!!!

Jumlah banduan di negara ini seramai 36,728 orang. Aku bagi contoh mudah, sekiranya kos makan untuk banduan ni adalah RM5.00 sehari (takkan la RM5.00 konpem lebih RM5.00, tapi kita ambil contoh RM5.00 je)

36,728 x RM5.00
= RM183,640.00 sehari
RM183,640.00 x 365 hari
= RM67,028,600.00 setahun!!!
Itu baru makan!!! Kos air? Kos Elektrik? Pakaian? Kos perubatan? Kos penyelenggaraan penjara? Kos bayar gaji kakitangan penjara? Berapa yang terpaksa ditanggung kerajaan? Bayangkan jumlah yang sedemikian besar dikhaskan untuk banduan ini sebenarnya boleh diselamatkan seandainya Hukum Allah (hudud) dilaksanakan. Pelaksanaan hudud akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan kerana pesalah tidak dipenjara dalam jangkawaktu lama dan hukuman akan segera dilaksana. JIMAT MASA, JIMAT KOS dan redho Allah swt pun dapat!!!!! Ada baiknya jumlah puluhan juta RM itu digunakan untuk tujuan lain contohnya untuk pemberian BIASISWA kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.
Lebih 9,000 Warga Asing Menjalani Hukuman Penjara Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 8 Julai : Seramai 9,757 warga asing menjalani hukuman penjara di Malaysia sehingga enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi. Beliau berkata jumlah itu adalah kira-kira 27 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di semua penjara di negara ini seramai 36,728 orang. 
"Angka ini bukanlah sesuatu yang mencemaskan namun kita akui banduan asing di Sabah lebih ramai daripada banduan tempatan dengan merekodkan seramai 1,020 banduan warga asing daripada jumlah 1,300 banduan," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Keluarga 1KDN di Kompleks Penjara Kajang dekat sini. 
Katanya sebagai langkah mengatasi kesesakan di penjara, banduan-banduan ini akan dihantar ke penjara lain bagi memastikan jumlah banduan di sesebuah penjara dapat diseimbangkan. Beliau berkata seramai 3,600 banduan daripada 4,100 yang mengikuti sistem parol telah menamatkan tempoh parol dan dibebaskan sepenuhnya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails