VVIP DENAI CINTA

Memaparkan catatan dengan label KELANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELANTAN. Papar semua catatan

08 November 2012

MB KELANTAN : Hidupnya Cukup sederhana


Allahu Akbar! Inilah aktiviti YAB TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ BIN NIKMAT, Menteri Besar negeri Kelantan Darul Naim. Andai tiada tugasan rasmi dan punya kelapangan, beliau selesa sepertimana rakyat biasa untuk membersihkan sendiri halaman rumahnya. Semoga Allah swt mengurniakan kesihatan buat YAB Tuan Guru untuk terus menabur bakti kepada ummah.




Kredit gambar :
ZAM ZAMANI MOHD ZAIN

14 Julai 2012

ANAK KELANTAN JUARA TILAWAH ANTARABANGSA

 


JUARA TILAWAH JADI INSPIRASI ANAK KELANTAN
KOTA BHARU, 14 Julai : Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali (gambar kiri) yang telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H.

20 April 2012

Universiti Limkokwing Reka Sejadah Idea Nik Aziz

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, menyerahkan sejadah
yang dihadiahkan oleh pihak Universiti Limkokwing. Sejadah ini
dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

KOTA BHARU, 27 Jamadil [19 April] : Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid. Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.

15 April 2012

ROYALTI Bebaskan Bebanan PTPTN Graduan

KOTA BHARU, 4 Mac : Graduan lepasan universiti di Kelantan yang kini dibebani pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menarik nafas lega apabila bebanan mereka bakal dilangsaikan hasil royalti minyak.

10 April 2012

Kesederhanaan 2 Pemimpin

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang Sultan dan Raja sebuah negeri di Malaysia? Yang berkopiah dan sekadar berbaju melayu serta berkain pelikat itu adalah Sultan Muhammad V, Sultan negeri Kelantan Darul Naim.

Di sebelahnya yang berjubah putih dan berkopiah adalah MENTERI BESAR negerinya. Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM. Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!

09 April 2012

SULTAN KELANTAN HORMATI TOK GURU SEDANGKAN UMNO BN BIADAB?


RENUNGKANLAH
Situasi sebegini amat jarang kita lihat. Pernahkah anda melihat sebelum ini, seorang Sultan memberi laluan kepada seorang ulama? Gambar ini memaparkan kepada kita hormatnya seorang Sultan terhadap seorang ulama sedangkan batang tubuh tua ini sering sahaja menjadi mangsa hinaan serta cercaan pemimpin dan pengikut UMNO-BN!!!

Kelantan Darul Naim aman di bawah pimpinan seorang ulama dan negeri penuh nikmat ini dianugerahkanNYA pula seorang Sultan yang dekat jiwanya dengan agama. Syukur Ya Allah.


03 Mac 2012

Malam Gala Perasmian Tahun Melawat Kelantan 2012

Pada malam 2 Mac 2012 telah berlangsung majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Stadium Sultan Mohd IV. Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan. Acara perasmian TMK@12 telah selamat disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


Hadirin dihiburkan dengan pertunjukan pencak silat, pertunjukan laser dan bunga api dan pastinya persembahan yang ditunggu-tunggu melibatkan artis tersohor 'tiga negara' iaitu RAIHAN (Malaysia), Papa Rock Ramli Sarip (Singapura) dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, OPICK.


Raihan dan Ramli Sarip masing-masing menyampaikan 4 buah lagu manakala Opick telah berkesempatan menyampaikan 5 lagu secara live. Dan di akhir persembahan ketiga-tiga nama besar dalam industri hiburan ini bergabung menyampaikan lagu Bukan Kerna Nama.


Nyata usaha kerajaan KELANTAN untuk menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 dengan menampilkan pelancongan bercirikan dakwah dan Islamik adalah sesuatu yang amat wajar disokong oleh semua pihak. Semoga sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk membawa masuk 6 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan berhasil.

KULIAH PERDANA BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS Sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012

2 Mac 2012 : Berlangsung Kuliah Perdana bersama al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (bersama Bob Lokman) di Dataran Ilmu, Kota Bharu sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang lebih menjurus kepada sesi soal-jawab agama itu nyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Kelantan yang sememangnya sentiasa teruja dalam meramaikan majlis-majlis ilmu sebegini.

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus melengkapkan aturcara kalendar pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang dimulakan selepas waktu asar ini berjaya menarik tidak kurang 10,000 hadirin untuk mendengar sesi soal-jawab agama oleh tokoh pendakwah bertaraf selebriti ini.

Rata-rata hadirin jelas terhibur dengan konsep dakwah santai yang dibawakan Ustaz Azhar Idrus, bukan sahaja terhibur bahkan hadirin dapat mencerna dan memahami setiap persoalan yang dikemukan dan dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dengan contoh dan dalil yang memudahkan pemahaman hadirin. Dan aksi bersahaja saudara Bob Lokman selaku 'pembaca soalan' turut mencuit hati khlayak yang hadir, majlis berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Semoga usaha kerajaan negeri Kelantan dalam menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan membuahkan hasil dan sasaran untuk membawa 6juta pelancong ke Kelantan akan berjaya dicapai.








16 November 2011

Tiada Sebab Nafikan Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan!!!

Allahyarham Kamarulzaman Abdullah
(Mantan Presiden Gamis)


ROYALTI : GAMIS Simpati Nasib Rakyat Kelantan
K
UALA LUMPUR, 16 November : Tidak ada sebab kenapa rakyat Kelantan dinafikan hak mereka untuk menerima wang saku hasil dari bumi mereka, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan. "Gamis yakin anak muda dan mahasiswa pada hari ini celik dan sedar apa yang berlaku seolah orang yang membajak tanah rumah kita untuk pertanian namun yang mendapat hasil dan tuaian ialah rumah jiran sebelah," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, isu royalti minyak adalah suatu tuntutan asasi dan perjuangan hak rakyat Kelantan. Tambahnya, terbaru ialah penemuan Telaga Surya dan Telaga Bumi dari Blok PM 301, North Malay Basin yang mengeluarkan 60,000 tong sehari atau 21.6 juta tong setahun.

Katanya, pendapatan keseluruhan dua telaga ini adalah sebanyak RM5.24 billion setahun mengikut harga pasaran minyak mentah dunia dengan andaian harga minima USD80.00. "Sekiranya 5% royalti diberikan, ini bermaksud RM262 juta setahun dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan," katanya.

Menurutnya, projek pembinaan lebuhraya yang sangat ditunggu-tunggu dan menjadi keperluan rakyat boleh dilaksanakan segera jika wang royalti itu diberikan. Hal ini, ujarnya termasuk juga bantuan rakyat termiskin dan program pembangunan lain dapat dilaksanakan.

Lebih menyedihkan, tambahnya ialah apabila ada nyawa yang terkorban dalam usaha menuntut royalti rakyat Kelantan ini. Ini ekoran bekas Presiden Gamis dan aktivis masyarakat, iaitu Allahyarham Saudara Kamarulzaman Abdullah yang terlibat dalam kemalangan maut setelah pulang dari menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Kami mendesak agar pihak kerajaan pusat menilai dan pertimbangkan hak rakyat Kelantan ini tanpa sempadan politik dan mengutamakan keperluan rakyat daripada parti yang memerintah. Jika Perdana Menteri dapat tunaikan hasrat rakyat Kelantan ini, baru kami rasa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' boleh digunapakai dalam pentadbiran kerana situasi sekarang ialah 'rakyat dipinggirkan, pencapaian politik diutamakan' akibat kepentingan yang ada," katanya. - Harakahdaily

15 Oktober 2011

Sultan Kedah Yang Di-pertuan Agong Ke-14, Sultan Kelantan Timbalannya


KUALA LUMPUR, 14 Okt : Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini Jumaat. Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Dis depan untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

22 September 2011

BUKAN SALAH KELANTAN BELUM LAKSANA HUDUD

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya. Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat. "Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri.

25 Ogos 2011

KELANTAN Berikan Kebenaran Konsert JOM HEBOH Diadakan

KOTA BAHARU, 24 Ogos : Kerajaan PAS Kelantan buat kali kedua membenarkan konsert "Jom Heboh" tahun ini, selepas kali pertama diadakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan. Konsert Jom Heboh itu dijadual diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada 29 Okt.

24 Mei 2011

| BURGER BEST | KOTA BHARU

Lokasi gerai burger NBC : Berhampiran Bank Simpanan Nasional,
(bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

03 Mei 2011

Jambatan Sultan Yahya Petra Dijangka Siap 2012

"Mula dibina pada tahun 2007 dan dijangka siap Disember 2009. Kemudian dilanjutkan kepada Ogos 2011 dan khabarnya hanya siap tahun hadapan 2012. Tahun 2012 tu pun belum tentu siapnya jambatan ni kalau dilihatkan corak kerja mereka ini. SPRM, sila pantau!!! Ha ha ha ha ha ha!!!!!"
Jambatan Sultan Yahya Petra Dijangka Siap Pertengahan 2012 - Mustapa
KOTA BAHARU, 2 Mei (BERNAMA) : Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800 meter bernilai RM157 juta, yang menghubungkan Kota Baharu dan Wakaf Baharu, Tumpat dijangka siap pertengahan tahun depan.

29 April 2011

ISLAM SUBUR DI BUMI DARUL NAIM

KULIAH JUMAAT DI DATARAN ILMU, KOTA BHARU
Suasana sebegini hanya di Kelantan. Kuliah Jumaat setiap minggu yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar YB Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Namun untuk majlis ilmu hari ini, Tok Guru diganti oleh anaknda beliau iaitu Ustaz Nib Abduh.


Menteri Besar negeri mana yang turun padang menyampaikan Kuliah Jumaat saban minggu dan anak Menteri Besar negeri mana yang boleh menggantikan bapanya menyampaikan kuliah sebagaimana yang berlaku di Kelantan ini...? (Mungkin kini kita ada Menteri Besar Kedah yang juga pimpinan PAS yang sering menyampaikan kuliah ilmu kepada rakyat dan masyarakat). Menteri Besar dan anak Menteri Besar negeri lain...? Tepuk dada, tanya iman.

26 April 2011

Kereta Jatuh KB Mall Pemilik Kereta Dipenjara Setahun





Pemilik Kereta Jatuh Dalam KB Mall Dihukum Setahun Penjara

BERNAMA
KOTA BAHARU, 26 April : Seorang penjaga burung layang-layang dijatuhi hukuman penjara setahun kerana cuai sehingga menyebabkan kematian dua penuntut kolej kejururawatan selepas keretanya menjunam di Kompleks Membeli belah KB Mall pada 2009. Masjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

JOM MELAWAT KELANTAN



NIK AZIZ UNDANG PENGKRITIK KE KELANTAN
Malaysiakini

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.

21 April 2011

Peluru Sebabkan Kematian Ramli Tidak Sepadan Senjata Milik Tengku Muhammad Fakhry

TUMPAT, 20 April : Mahkamah Koroner Rabu diberitahu peluru yang menyebabkan kematian pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad disahkan tidak sepadan dengan senjata api milik bekas Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ASP Kamarulnizam Alias berkata, oleh itu, semua senjata api dan peluru milik baginda dikembalikan selepas siasatan selesai.

18 April 2011

MUNGKAR - Dikir Barat Wanita

Macammana pihak berkuasa tempatan dan masyarakat Islam di Kelantan khususnya penduduk di daerah Ketereh (Kota Bharu) boleh terlepas pandang persembahan dikir barat yang jelas terdapatnya unsur MAKSIAT dan pergaulan bebas di antara peserta - penyanyi - penonton. Majlis ini dipercayai di adakan di Kampung Kubang Bongor, Mulong, Ketereh.

Penglibatan penyanyi wanita

Unsur judi turut 'disemai' : TEKA JUMLAH BIJI BETIK!!!

MAKCIK KAYO!!! Korang jugak yang bahlol dok teka biji betik... keh keh keh!!!


Kumpulan dikir barat wanita dari Kampung Jeram, Pasir Putih

Kanak-kanak turut menyaksikan persembahan dikir barat ini

Link
Foto dari Facebook
saudara Mohd Nor Yahya

25 Mac 2011

CUBAAN BUNUH DIRI DI KBMALL

Tanggal 24 Mac 2011 yang menggemparkan penduduk bandar Kota Bharu khususnya mereka yang berada di sekitar pusat membeli-belah KBMALL.




KOTA BHARU : Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.
Related Posts with Thumbnails