Pada malam 2 Mac 2012 telah berlangsung majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Stadium Sultan Mohd IV. Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan. Acara perasmian TMK@12 telah selamat disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Hadirin dihiburkan dengan pertunjukan pencak silat, pertunjukan laser dan bunga api dan pastinya persembahan yang ditunggu-tunggu melibatkan artis tersohor 'tiga negara' iaitu RAIHAN (Malaysia), Papa Rock Ramli Sarip (Singapura) dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, OPICK.
Raihan dan Ramli Sarip masing-masing menyampaikan 4 buah lagu manakala Opick telah berkesempatan menyampaikan 5 lagu secara live. Dan di akhir persembahan ketiga-tiga nama besar dalam industri hiburan ini bergabung menyampaikan lagu Bukan Kerna Nama.
Nyata usaha kerajaan KELANTAN untuk menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 dengan menampilkan pelancongan bercirikan dakwah dan Islamik adalah sesuatu yang amat wajar disokong oleh semua pihak. Semoga sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk membawa masuk 6 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan berhasil.

KELANTAN USAHA TARIK 6 JUTA PELANCONG - Harakahdaily
KOTA BHARU, 3 Mac : Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, malam tadi.
Sempena majlis bersejarah itu, tiga artis yang mewakili tiga negara telah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kumpulan Raihan (Malaysia), papa rock Ramli Sarip (Singapura) dan Opick (Indonesia). Hampir 5,000 orang hadir pada program yang penuh warna warni itu walaupun keadaan hujan.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota-anggota exco yang lain, Adun serta pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Sempena majlis itu, dua pertunjukkan bunga api telah diadakan di samping persembahan lagu tema TMK@12. Takiyuddin ketika berucap pada majlis itu memberitahu pihaknya akan berusaha untuk menjayakan hasrat mencapai kehadiran pelancong dalam dan luar negara seramai 6 juta orang.
Katanya, untuk menjayakan hasrat itu pelbagai persembahan dan program telah diatur untuk menarik lebih ramai pelancong. "Selain persembahan malam ini, diadakan juga Pesta Sukan Air, pertunjukan kereta berhias dan lain-lain lagi," ujarnya.
Ramli Sarip mendendangkan beberapa buah lagu popularnya Syair Laila Majnun, Doa Buat Kekasih, Nyanyian Serambi, Kasturi, manakala Opick Cahaya Hati, DEALOVA, Ketika Cinta Memanggil serta lagu popularnya Rapuh dan Raihan lagu-lagu nostalgia kumpulan itu seperti Solatuwassalam, Puji-pujian, Syukur, Allahu dan Thank You Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan