VVIP DENAI CINTA

31 Mac 2012

Bagaimana Bisikan Syaitan Mengganggu Kita

Renungan pagi bersama al-fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Situasi A
  • Hari ini janji nak membersih rumah, tapi minda memberitahu rumah tak kotor sebenarnya.
  • Janji nak ke perpustakaan lepas Zohor, tapi minda memberitahu tak perlu, boleh buat di rumah aje.
  • Janji nak berpuasa sunat besok, tapi bangun terlewat, minda memberitahu batalkan saja kerana ia bukan wajib.
  • Janji nak siapkan assignment/tulisan/kerja penting, minda mengklik di laman Facebook, kejap-kejap balik ke Facebook melihat ada tak org respon apa yang kita taip.
  • Ada azam nak berniaga, tapi sebelum mula, minda mula menakutkan hasrat itu dgn persoalan - 'apa kata kalau tak de bisnes?' - 'kalau tak dpt bayar pinjaman macam mana?' - 'kalau keluarga tiba-tiba perlukan duit?'
  • Janji nak sembahyang subuh di masjid, minda berkata nampak nak hujan dan pelbagai jenis alasan lain utk sembahyang di rumah.
  • Janji nak bersenam, rasanya ini tak perlu hurai...


Situasi B

Janji nak pergi
a. tgk wayang
b. karaoke
c. kedai kopi mengumpat
d. aktiviti yg mendekati maksiat,

Ia selalu menjadi, dan minda tidak lupa, bahkan segala jenis halangan tak dapat hindarkan seseorang itu tiba di tempat sepatutnya.
Apabila anda terfikir nak buat sesuatu KEBAIKAN, syaitan akan selalu membisik dan menangguhkan dengan perkara remeh.

Apabila anda terfikir hendak melakukan perkara yang membuang masa dan maksiat, syaitan akan membisik untuk menggalakkannya.
Orang yang kuat imannya dan taqwa kepada Allah apabila di situasi B, akan timbul perasaan bersalah, jiwanya akan melawan bisikan syaitan.

Orang yang kuat imannya dan taqwa kepada Allah apabila di situasi A, jiwanya akan memberitahunya usah melayan bisikan syaitan yang menggalakkan kemalasan dan membazir waktu, dan menggalakkannya menjadi seorang yang rajin.
Orang yang tidak kuat imannya dan mentalnya akan mengalah pada bisikan syaitan, akhirnya menjadi umat yang malas, suka membazir masa dan mudah terjebak dalam maksiat.

Sedarlah tentang peranan syaitan dan kuatkan ibadah dan rapatkan diri dengan Allah untuk melawan bisikan syaitan ini. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Banyakkan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.


Rajin, disiplin, konsisten, sabar dan SENYUM senantiasa adalah nilai yang sentiasa kelihatan pada mereka yang beriman. Sekadar perkongsian untk pagi ini
.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails